Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kempen terbaru yang dijalankan oleh pihak Dashing iaitu Jom ke Manchester.
Kempen tahun ketiga ini memberi peluang kepada peminat bolasepak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara MCFC (Manchester City Football Club) menentang MU (Manchester United).
Selain dari menyaksikan perlawanan, para pemenang akan ditanggung segala kos termasuk penginapan dan juga trip 4 hari 3 malam ke Manchester. Selain itu juga, tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan MCFC melawan MU juga akan diberikan. Hadiah ini untuk 6 pemenang hadiah utama yang bertuah.
Tidak hanya menonton perlawananan dengan tiket VIP sahaja di Stadium Etihad tetapi anda juga akan dibawa melawat ke National Football Museum and Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu juga, anda mungkin berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama bintang-bintang lagenda MCFC.
Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi hadiah ini adalah dengan membeli sebarang produk DASHING ataupun ELITE dalam satu resit dan Whatsapp bersama nama mengikut kad pengenalan, nombor IC dan juga tempat pembelian produk kepada +6016-9972373.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan produk ini sekarang dan ayuh kita ke Manchester. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2018.
Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati mana-mana medium yang tertera di bawah
Facebook: www.facebook.com/Dashing.MY
Website: www.dashing.com.my
Talian: 03-80238311.