Site icon AMIRNAWAWI

Kandungan Eskayvie Diffenz – Ada Cendawan Susu Harimau!

Kandungan Eskayvie Diffenz – Cendawan Susu Harimau & Gabungan Vitamin | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kandungan yang terdapat dalam produk Diffenz keluaran Eskayie.

Pengenalan Eskayvie Diffenz

Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Jadi anda tidak perlu ragu akan kandungan Eskayvie Diffenz kerana ia adalah selamat dan dihasilkan daripada bahan semulajadi.

Kandungan Eskayvie Diffenz

Musim pandemik yang melanda negara sekarang ini menyebabkan kebanyakan kita dihantui dengan rasa ketakutan dek kes dilaporkan semakin hari semakin meningkat dan kes kematian juga semakin tinggi.

Kita pun tidak tahu sampai bilakah penghujung kepada semua ini. Jadi, apa yang patut anda lakukan?

Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan Covid-19.

Ia menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat dari nutrisi yang terbaik dan menyediakannya  dalam bentuk yang lebih senang, cepat dan mudah diamalkan.

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)

Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Cendawan ini tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa.

Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Sudah terang lagi bersuluh yang Cendawan Susu Harimau ini sememangnya khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. . Eskayvie Diffenz ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.

Kebaikan :

Buah Camu – Camu (Myrciaria Dubia)

“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Banyak kajian mendapati buah ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan :

Vitamin D

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan menemui bahawa 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan.

Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan-golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun beberapa faktor lain boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).

Vitamin C

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.

Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah.  Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap badan bagi mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C dari dalam makanan akan diserap ke dalam badan.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dari makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Malah dengan gaya hidup kini yang tidak terjaga, pencemaran persekitaran serta sesetengah keadaan seperti perokok, tekanan tidak terkawal dan mempunyai penyakit kronik akan menjadikan keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu mengatasi keradangan kronik dalam badan.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

4 Kelebihan Eskayvie Diffenz WAJIB Anda Tahu

Untuk makluman anda, dengan 4 bahan utama Eskayvie Diffenz, anda boleh menikmati kelebihan berikut, di antaranya:

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.

Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri,

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan kandungan Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.

Selain itu juga, Diffenz membantu dalam:

  1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
  3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  5. Menyokong Kesihatan Sendi
  6. Menyihatkan Jantung
  7. Memberikan Tenaga
  8. Mengawal Gula di Dalam Darah
  9. Mencantikan Kulit
  10. Anti Kanser & Anti Virus
Testimoni Pengguna Eskayvie Diffenz

Berikut adalah testimoni bagi pengguna Diffenz. Setiap orang mempunyai kesan yang berbeza terhadap individu. Menarik untuk dikongsikan kepada anda semua.

Pengalaman Paknil selepas menerima suntikan pertama vaksin
Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive covid bahkan pulih dari asma

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan produk ini, bolehlah layari mana-mana medium seperti di bawah:

Covid is real- Pn Zai Zalehah – Pengalaman Hidup Mati Dijangkiti Covid

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Website: www.diffenz.com
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia
Telefon: 03-5511 1050 / 019-608 3027

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

Exit mobile version