Site icon AMIRNAWAWI

Laksanakan Tanggunjawab Anda Kepada Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Alhamulillah dapat juga aku mengemaskini blog aku pada hari ini. Entri kali ini cukup pendek namun padat…hehe

Baiklah, ayuh kita teruskan sahaja kepada topik. Hari ini aku nak kongsikan sekeping gambar bersama anda semua.

Yes! Tepat sekali. Aku dah berjaya mendaftar sebagai pemilih. Sebenarnya dari bulan Januari lagi aku memohon namun baru sekarang permohonan aku baru diluluskan. Apepun dapatlah aku mengundi untuk pilihanraya yang terdekat ini. Tahniah buat diriku.

Ramai yang bertanya, parti manakah yang akan aku undi, jawapan aku cukup mudah, undian aku adalah untuk parti yang benar-benar memperjuangkan agamaku, bangsaku dan tanah airku. Wah! memang patriotik gituh.

Apepun pada yang masih belum mendaftar sebagai pemilih tu bolehla berbuat demikian dengan segera sebelum terlambat. Selamat mengundi. 🙂

 

AM: Aku ingatkan tak sempat mengundi dah untuk tahun ni. Alhamdulillah sempat juga. Nasib baik PM bubar parlimen lambat..hehe3

Exit mobile version