Site icon AMIRNAWAWI

Lelaki Perlu Losen Badan?

Losen Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengenali diri ini.. Ewah! Dah macam entri pertama pula. Padahal dah beratus entri aku tulis sebelum ini. Bailklah pada entri kali ini aku ingin menyuarakan pendapat ataupun buah fikiran mengenai topik lelaki dan losen.

Semua sedia maklum yang lelaki merupakan seorang manusia yang tak suka pekara remeh temeh ini. Apatah lagi nak memakai losen badan pula. Mandi pun entah bersabun atau tidak. haha. Ni kalau nak berlosen bagai mau nya mengambil masa 3 – 5 minit. Pekara leceh sebegini baik tidak payah. Oh itu mungin pendapat lelaki yang kurang mementingkan kesihatan kulit.

Namun sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Malaysia dengan panasnya yang membahang, nampak gaya bukan hanya perempuan sahaja yang menjaga kulit mereka, namun lelaki juga perlu menitik beratkan hal ini. Ini untuk mengelakkan kulit kita dari menjadi kering dan merekah.

Aku ni jenis yang suka sangat bawa motor tengah panas. Aku ni jenis besi tak lut dek hujan dan panas. Tak kira panas ke hjuan. Kalau aku nak makan kek atau KFC, memang aku akan bawak motor merentasi cuaca tersebut. Kulit aku memang tak payah cakap la, hitam mettalic! Nak sama hitam dengan kulit orang-orang Somalian nuh.

Namun sekarang setelah diperkenalkan losen bagai ni oleh seseorang, siapakah seseorang itu? Secret la weh..hahaha. aku mula mengenakan losen sebelum keluar. walaupun leceh, namun ku gagahi jua untuk memakainya. Dan sekarang kulitku sudah tidak kering lagi. Kliche sangat ayat.


Terima kasih juga kepada Nuffnang dan Nivea Malaysia atas pemberian losen badan dan losen bilas ini kepadaku. Pelagai jenis losen ada. hah kau nak yang mana?

AM: anda lelaki? anda pakai ke losen bagai sebegini? Pendapat anda?

Exit mobile version