Site icon AMIRNAWAWI

Malam Hijrah Bersama- TVAlhijrah

دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها ڤڽايڠ  

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT kerana kita masih lagi bernafas dalam tahun baru Hijrah 1433 Hijri ini. Jadikan lah permulaan tahun baru ini dengan niat yang suci serta untuk kebaikan setiap orang.

Syukur sebentar sahaja tadi saya telah menonton rancangan Malam Bicara Bersama di TV Alhijrah dari pukul 9 malam hingga 10.30 malam. Sebuah rancangan khusus untuk sambutan Maal Hijrah pada hari ini. Rancangan yang penuh informasi serta berinspirasi buat saya dan mungkin juga untuk anda semua.

Sudi kiranya saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari menonton rancangan tersebut. Rancangan ini dihoskan oleh 3 pengacara TVAlhijrah iaitu Amin Idris, Nurul Iman dan juga Ustaz Don Daniyal.

Amn Idris, Nurul Iman dan juga Ustaz Don

Tetamu jemputan yang pertama adalah Saudara  Fadzlan Garamat Machmud dari Irian Jaya indonesia. Seorang dai yang sangat komited dalam menyebarkan agama Islam ke pelusuk pendalaman Indonesia. Beliau bercerita sedikit sebanyak dugaan yang dihadapi dalam menyebarkan dakwah Islam.

Tetamu khas dari Indonesia

Seterusnya sedikit temu bual telefon dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Dr Juanda berkongsi sedikit ilmu mengenai Maal Hijrah dan jugak pesanan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya supaya mengamalkan segala suruhan Allah dengan sebenar-benarnya.

temubual telefon bersama Dr Juanda

Tetamu seterusnya adalah 2 orang anak muda yang baru saja memeluk Islam iaitu Loo Jo Yee dan juga Mitchelle Nur Alya. Sungguh tersentuh hati saya bila mereka menceritakan bagaimana mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam pada usia yang muda.  Sesungguhnya hidayah itu tidak akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha untuk mencari.

Joo Yee dan Mitchele
Mitchelle Nur Alya

Tetamu seterusnya pula adalah seorang usahawan dan wanita yang bekerjaya yang komited mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian mereka. Mereka juga adalah dahulunya seorang yang bukan beragama Islam .

Haji Shahrin Low, Pengusaha Restoren Cina Muslim Haji Shahrin Low
Nurain

Akhir sekali, tetamu jemputan adalah seorang usahawan wanita yang gigih berusaha untuk menyara kehidupan keluarga dengan mempunyai anak yang kelainan upaya dan berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Sesungguhnya beliau adalah seorang wanita yang cukup tabah dan berpandangan jauh.

Program tersebut diakhiri dengan bacaan doa dari Ustaz Don dan Azhary dan teman temannya membuat sedikit persembahan penutup.

Bagi saya, rancangan ini sememangnya memberi seribu inspirasi untuk saya memulakan azam untuk menghadapi tahun baru Hijrah ini. Alhamdulillah, terima kasih yang Allah kerana  memberikan nikmat Islam, iman dan kesihatan kepada saya. Sesungguhnya besar sungguh kurniaanMu kepada kami.

AM: Semoga permulaan tahun baru ini berjalan dengan penuh barakah dan pengakhirannya juga penuh rahmat. Amin ya Allah.

 

Exit mobile version