Site icon AMIRNAWAWI

Memori Zaman Persekolahan Dahulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin ceritakan mengenai memori macamana nak ke sekolah dahulu.

Bila ingat balik memang betul-betul menggamit memori. Mana tidaknya bertahun jugaklah melalui rutin yang sama saban hari untuk ke sekolah. Saya asalnya memang dari kampung, jadi rutin kami tak seperti anak bandar yang lain.

Pada darjah 1, 5 dan 6 kami bersekolah sesi pagi, manakala darjah 2,3 dan 4 pula bersekolah sesi petang. Kalau sesi sekolah waktu pagi bolehlah saya keluar ke sekolah sekali dengan ayah yang keluar bekerja. Kalau waktu tengahari?

Hah, itulah yang menjadi persoalan dan kenangan indah. Dulu kat kampung kami ada seorang pakcik yang ada lori kayu. Ala lori yang belakang dari kayu tu. Itulah pengangkutan saya sepanjang darjah 4. Nak naik tu kena panjat dengan berhati-hati. Mana tidaknya kalau salah panjat, dan baju kena bahagian lori, memang kotor la jawabnya. Nak-nak lagi kalau lepas hujan. Fuh!

Contoh lori kayu yang saya naiki

Tapi yang menariknya, bila lori mula bergerak, berangin dan seperti berada di atas speed boat. Memang best bila berdiri sambil memegang palang dan angin bertiup kencang. Tapi itulah, dengan ramai-ramai kawan memang best.

Kalau hujan memang sahaja mencari nahas la. Sebabnya lori tersebut tiada kanvas pelindung, memang terbuka (open air). Namun alah bisa tegal biasa, itulah cabaran saya nak menuntut ilmu dahulu. yang penting UPSR dapat 5 A juga. Dapatlah masuk sekolah berasrama penuh dan tak payah melalui pengalaman indah ini lagi.

Sekarang saya ada baca di media sosial dan media arus perdana tentang pemberian kemudahan bas sekolah percuma kepada warga wilayah persekutuan. Wah! Terbaik la kalau dapat guna bas sekolah secara percuma. Lebih selesa dan selamat.

Dengan peruntukan sebanyak RM15 juta pada tahun ini, perkhidmatan bas percuma ini dapat dinikmati oleh anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara. Dengan pengoperasian tahun kedua ini diharapkan lebih ramai yang mendapat manfaat daripada program bas sekolah percuma ini.

Oh! Lupa untuk saya beritahu bahawasanya program ini dikelolakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Semoga dengan pelaksanaan program sebegini dapat meringankan beban para penghuni PPR dan PA ini.

Bagaimana untuk mendapatkan manfaat ini?

Anak-anak ini hanya perlu menunjukkan lanyard yang telah dibekalkan oleh pihal DBKL, maka mereka boleh menaiki bas sekolah yang disediakan. Seorang murid telah diperuntukan sebanyak RM80 sebulan dalam program ini. Yang paling utama mereka hendaklah memakan pakaian seragam sekolah.

pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan PPR dan perumahan awam menaiki bas sekolah percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. – KREDIT foto BERNAMA (2017)

Saya dimaklumkan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan 165 buah bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tinggal di 74 PPR dan PA sekitar ibu negara. Ianya cukup banyak dan diharapkan dapat memenuhi keperluan anak-anak ini.

Adik-adik menaiki bas yang disediakan oleh DBKL

Idea Bantuan Bas Sekolah Percuma ini semenangya patut dipuji dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan memasukkan lagi ramai golongan sasar yang memerlukan. Idea sebegini sememangnya terbaik kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan warga kota sekarang.

Terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atas usaha yang murni ini. Semoga adik-adik yang menggunakan perkhidmatan ini mengingati segala pengalaman ini dan belajar rajin-rajin ya. 🙂

Exit mobile version