Site icon AMIRNAWAWI

Ninja Van, Angkat Telefon Anda Jika Mahu Barang Anda Dihantar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersama Ninja Van.

Semua sedia maklum yang negara kita terdapat banyak perkhidmatan kurier. Dan Ninja Van adalah salah satu daripadanya. Saya kaki shooping online dan semua tahu akan itu. Tidak dapat disangkal lagi. Dan yang pastinya kalau si kaki shooping online ini, kepantasan barang diterima adalah paling utama.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersama Ninja Van. Ninja Van adalah salah satu kurier yang digunakan oleh merchant Lazada untuk penghantaran. Ini bukan kali pertama barang saya dihantar oleh Ninja Van, sebelum ini memang tak sampai 24 jam barang yang saya pesan di Zalora sampai oleh saya. Pantas!

Namun kali ini barangan yang saya terima memang telah sampai sebelum 24 jam. Yang ralatnya ialah saya tidak angkat telefon (saya terima 1 miss call, mungkin dari Ninja Van). Dan selepas itu saya terima satu email yang menyatakan bahawa tiada orang di rumah.

What? Semua ahli keluarga saya berada di rumah sepanjang hari kot. Hari cuti ni la kami berkumpul beramai-ramai. Mana mungkin keluarga kami tiada di rumah? Betul ke anda sampai ke rumah kami? Ke bila tak dijawab panggilan telefon itu bermakna tiada orang dirumah?

Jadi konklusi yang dapat saya simpulkan bila berurusan dengan Ninja Van ialah,

ANDA KENA ANGKAT PHONE ANDA KALAU ANDA MAHU BARANG ANDA DIHANTAR. fullstop!

Kalau tidak anda diklasifikasikan anda tiada dirumah walaupun berpuluh orang ada dirumah.

Selepas reschedule, barangan saya dijangka sampai hari Isnin. Lebih dari 48 jam juga la baru dapat barangan saya ni. Terima kasih Ninja Van!

UPDATED: Menurut penghantar barangan tadi, memang polisi dia akan call pada hari Sabtu sebab kerja separuh hari. Kalau call tak angkat memang mereka tak hantar. Hari lain mereka akan datang ke alamat tersebut. Tapi bukan pada hari Sabtu. Sabtu call angkat baru datang.

Exit mobile version