Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar anda semua? Semua anda ceria-ceria disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah akhirnya kita semua sudah sampai ke penghujung bulan September.
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk fasa hujung tahun sudah. Walau apapun banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang bulan September dulu. Yang itu usah diceritakan lagi. Kalian boleh belek-belek entri yang lepas-lepas. Menjengah ke bulan Oktober semestinya amat memeritkan saya. Jadual perjalanan harian saya sudah siap. Namun agak terkejut dengan aktiviti yang ada di dalamnya.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Banyak tugasan yang perlu saya selesaikan kerana saya sudah berada di tahun akhir pengajian[/pullquote]
Jika bulan September agak lapang untuk menghadirkan diri kepada pelancaran produk, majlis-majlis bersama blogger dan majlis-majlis yang lain, namun tuidak untuk bulan Oktober kerana semester baru pengajjian Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia saya sudah bermula. Dan dengan bermulanya semester baru ini, banyaklah tugasan yang perlu saya selesaikan kerana saya sudah berada di tahun akhir pengajian.
Projek Sarjana Muda merupakan salah satu penyumbang kepada kesakitan jiwa dan juga memaksa penggunaan akal saya yang mendalam. Namun apa yang saya gembira mengenai bulan Oktober adalah saya akan menjelajah ke Johor!
Ini jadual saya untuk bulan Oktober. Ini belum diisi sepenuhnya lagi.
Namun nampakkah kalian kepada tarikh yang saya warnakan kuning tersebut?
Ya! Saya akan ke Ledang Johor bersama kawan-kawan. Mengembara memang kegemaran saya. Dapat juga merehatkan minda yang sedikit sibuk di universiti. Namun akan saya pastikan hujung minggu saya terisi dengan aktiviti yang berfaedah.
Memandangkan kali ini merupakan kali pertama saya mendaki Gunung Ledang. Persediaan mental dan fikzikal perlu saya pastikan. Eh? Tapi kelengkapan untuk mendaki belum ada lagi nih. Kasut sukan pun tak pernah beli. Yang ada hanya kasut untuk ke kuliah dan ke makmal.
Tapi itu tidak menjadi masalah buat saya. Memang saya kaki yang suka shooping online. Sekarang semuanya dihujung jari. Nasib baik ada Zalora. dapat jugak saya beli kasut kat sini. Pelbagai aneka kasut ada di sini. Bukan hanya kasut sukan sahaja tau, tapi pelbagai kelengkapan lain.
