April 19, 2024
Hiburan

Panggung Seni Tradisional 2018 Memelihara Kesenian Tradisonal

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai Panggung Seni Tradisional 2018 yang diadakan di MATIC Kuala Lumpur.

Untuk makluman semua, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam usaha untuk memulihara dan memelihara kesenian tinggi telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi kesenian tradisonal dinikmati oleh masyarakat ibu kota melalui tujuh persembahan  Panggung Seni Tradisional (PST) yang authentik dan klasik.

Program ini merupakan kesinambungan bagi program yang dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 hinggalah kini. Memasuki penganjuran untuk tahun keenam, ia bertujuan memberi peluang kepada pelancong dan peminat kesenian tradisional tempatan untuk menyaksikan persembahan kesenian tradisional disamping memupuk minat dan cintakan seni.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2013 hingga 2017, program ini telah mementaskan 29 kesenian tradisonal yang merangkumi tiga genre iaitu tari, muzik dan teater yang melibatkan 60 kumpulan kesenian dan 1244 orang perserta.

Dikir barat

Naskah yang dipentaskan di PST ialah biasanya berdurasi selama 60 hingga 90 minit yang bersifat tradisonal dan berkualiti.

Untuk tahun 2018, PST akan dipersembahkan di Dewan Tunku Abdul Rahman MATIC dengan menampilkan 7 persembahan iaitu:

  1. Wadira (Wayang Kulit, Dikir Barat, Menora) = 16-17 Mac
  2. Sitar = 27-28 Mei 2018
  3. Opera Cina = 20-21 Julai
  4. Teater tradisional Mek Mulung = 17-18 Ogos 2018
  5. Eksprtesi Muzika Sape = 7-8 September
  6. Tarian Tradisional Makyong = 28-29 September
  7. Rampai Sari Tari Malaysia = 26-27 Oktober

Saya telah berpeluang untuk menyaksikan persembahan pertama mereka pada 17 Mac yang lalu. Persembahan yang saya saksikan adalah Wadira iaitu gambungan persembahan wayang kulit, dikir barat dan juga menora. Ianya merupakan satu pengalaman yang baru buat saya kerana sebelum ini belum pernah saya menyaksikan persembahan tradisonal yang berasal dari negeri saya ini!

Wadira

Ya, saya berasal dari Kelantan, dan ini merupakan kali pertama saya menyaksikan persembahan sebegini. Memang menarik dan penuh pengalaman yang bermakna buat saya.

Watak utama dalam teater Wadira: Limau Nipis Naga Berseru

Semoga pementasan tradisional ini dapat dilaksanakan secara berkala agar dapat memberi peluang kepada warga kota bagi menghayati dan menghargai seni budaya terus relevan dalam dunia yang semakin terbuka oleh arus globalisasi ini.

Saya bersama Prof Madya Dr. Lim Swee Tin selaku teraju utama Wadira ini

Semoga budaya tradisi kita terus kekal, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

20 thoughts on “Panggung Seni Tradisional 2018 Memelihara Kesenian Tradisonal

  • Seronok dapat tengok persembahan budaya macam ni kan. Tahniah atas usaha JKKN memelihara kesenian macam ni untuk tatapan generasi terus menerus. Gambar Prof tu, serius ingatkan Rawlin tadi (+______+)”

    Reply
  • Bestnya…saya x permah berpeluang tengok event camni. Oh ya suka.baca cara penulisan awak sebab dia sangat profesional cam majalah.

    Reply
  • Wow! Terbaik pst ni, amir.
    Sesuatu yg mesti diteruskan apapun kemungkinan. Utk anak-anak muda masa kini blaja seni tradisi negara kita.

    Reply
  • lama x tengok wayang kulit dikir barat etc
    seronok kalau dapat dgr dikir baray coz
    kita akan terikut nak berdikir aekali..

    ingatkan rawlin td Prof tu.. hehehe

    Reply
  • Moga rakyat kita terus mendukung budaya tradisi dan makin ramai anak muda yang akan memperkayakannya – bukannya K-Pop hehehe.
    Eh… Amir jom kita buat Menora.

    Reply
  • Wah..tak pernah tengok lagi panggung seni tradisional mcm ni..bagus sebab macam ni la boleh preserve budaya kita kan

    Reply
  • Owhhh org Kelantan rupanya. Nampak menarik je pementasan nie. Siap prof madya sendiri yg jadi peneraju utama. Terbaik lah

    Reply
  • Bagus bila seni tradisional masih dikekalkan. Harap-harap diteruskan dan ada pelapis dikalangan belia kita yang minat dalam seni tradisional. Bukan senang tau. Nak menari, theater lg, bercakap, hafal skrip lg. Hehe

    Reply
  • Lama jugak tak tonton persembahan kebudayaan macam ni. Bagus jugak di adakan persembahaan macam ni agar anak-anak muda tahu tentang seni kebudayaan kita, jangan asyik dengan budaya barat aje

    Reply
  • Such a long time never heard of dikir barat or even opera. Is a good government still maintain the traditional dance in Malaysia. I miss seeing it.

    Reply
  • Suka jugak tgk tarian tradisional.. siapa lg yg nak pertahankan klau bukan kitakan… swtiap lenggok ada maksud dan makna tersendiri. Suka dikir.barat yang kelakar..

    Reply
  • lamanya tak pergi ke acara macam ni padahal dulu belajar mmg amik benda ni. gambar last tu muka sama! kbai

    Reply
  • Excited betol bila dapat tgok benda-benda macam ni. Nak-nak budaya tanah air sendiri. Eh gambar last tu siapa pemegang watak utamanya. Kiri ke kanan? 😂😂

    Reply
  • Ramainya ahli yang terlibat untuk teater ni. Suka lah nak tengok teater budaya macam ni, baru lebih kenal dengan budaya kita dan lain kan.

    Reply
  • I have watched only one time panggung seni in my life before and seriously best sgat dapat tgok depan depan. Mesej dan jalan cerita menusuk di kalbu lagi mcm ni.

    Reply
  • Pernah sekali masa belajar dulu tengok teater. Teringin juga nak tengok teater terkini. Tapi jauh nak pegi KL. Lain tengok teater ni.

    Reply
  • Dulu masa study suka tengok teater sekarang ni tak sempat dan jauh kalau nak join bagi sokongan

    Reply
  • Best sebenarnya nya berada di tempat sebegini,terutama yang meminati seni macam Del. Singgah sini

    Reply
  • sudah lama ingin melihat kesenian tradisional malaysia, insyaALLAH agos ke malaysia bisa menyaksinkan ini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *