Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Sudah lama rasanya aku tidak muncul di blog ini bukan? Almaklumlah cuti semester. Nak bukak laptop pun rasa malas. Namun sekarang sudah kembali memasuki semester baru.
And guest what, ini adalah SEMESTER TERAKHIR aku di universiti. Mungkin semua dah tahu yang aku mengambil subjek engineering. Engineering kau! Betapa susahnya. Memang struggle gila untuk aku habiskan 4 tahun lebih pengajian nih. Hopefully semester terakhir ni memberikan kenangan manis la dalam hidup aku. Sebab itu aku kena pastikan pecutan akhir di hujung garisan ini
Bila cuti semester 3 bulan tempoh hari memang hati membuak-buak nak kerja. Malas sudah rasa nak belajar. Namun aku gagahi jua untuk datang ke universiti dengan sematkan dalam hati, sabar untuk 4 bulan sahaja lagi. Lepas itu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Kimia akan jadi milik aku!
Memang betul apa yang dikatakan iaitu kejayaan tidak akan datang tanpa pegorbanan. Buang semua nafsu muda yang membuak-buak gilakan duit dan malas belajar tu, kemaskan diri dan belajarlah untuk kepentingan masa hadapan.
Eh, tak belajar pun boleh jer berjaya! Hah itu memang betul dik ooi. Aku no komen pasal tu. Nak argue pun semua dah besar panjang. hahaha. Apapun yang nak belajar tu teruskan belajar. Yang nak mencari kejayaan sendiri tu teruskan. Takde sapa nak menghalang. Selamat berjaya semua!
Jangan lupa doakan aku ya!
AM: Aku nak jadi engineer oi!