April 19, 2024
Lain-Lain

Pengalaman Bersama Nuffnang

Pengalaman Bersama Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga semuanay berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya ceritakan kepada anda semua mengenai sebuah syarikat pengiklanan blog terbesar di dunia iaitu Nuffnang.

Sekejap tadi apabila blogwalking, terjumpa pula saya dengan entri berkaitan dengan Nuffnang ini. Tersenyum kembali saya bila mengenangkan saat indah pertama kali bersama mereka. U know what, actually when first time I make this blog, I just do it just becoz I want my name to have dot com, such as amirnawawi dot com. Saya tak tahu pun apa itu blog sebenarnya. Masa secondary school, kami diajar untuk buat website dan dari situ saya teringin nak ada website bernama sendiri. Jadi bila masuk universiti dan ada duit sendiri (duit biasiswa), saya gunakan untuk beli domain ini. Alkisahnya begitulah..

Jumpa pasal Nuffnang dari segmen blogger ini

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Bermulanya seribu satu kisah yang manis lagi memberikan impak yang tinggi[/pullquote]

Langkah seterusnya memang tak tahu apa-apa. Sekadar merapu meraban di dalam blog yang entah dari mana pangkal hujungnya,. Namun pada suatu hari saya telah dikenalkan dengan Nuffnang oleh seorang rakan. Tanggal 20 April 2011 saya telah memasang iklan mereka di dalam blog saya. Wow! Lawa jugak ya ada iklan bergerak-gerak dalam blog sendiri. Itu sahaja yang saya tahu ketika itu, gambar bergerak-gerak! Betapa naifnya saya.

Namun seterusnya, saya sertai event buat julung kalinya. Iaitu HyppTV Blogger Party. Di sinilah bermulanya seribu satu kisah yang manis lagi memberikan impak yang tinggi kepada saya. Di sinilah juga saya kenal beberapa blogger yang selama ini hanya membaca dari dalam talian dan jumpa pula depan mata.  The blogger that I meet that time are BeautifulNara, Eyriqazz, Cik Epal, Kak Ina KL and so many more outstanding blogger. Memang tak pergi rapatlah sebab siapalah saya ketika itu. Namun from that time, I put in my mind I want to be like them in the future. Wah! Gempak giler siot! Event pertama tuh! Masa event ni blogger Michelle Teh (sekarang Assistant Country Manager ) menjadi juara dalam aktiviti yang dijalankan

Event pertama yang disertai. Memorable moment

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Sanggup datang dari jauh iaitu Kuantan Pahang demi untuk event Nuffnang[/pullquote]

Seterusnya event demi event yang saya sertai mengenalkan saya dengan pelbagai blogger dari pelbagai genre penulisan. Memang menarik dan meriah sebab kita berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Meet with someone that have same passion and interest with us, of cos la havoc jadinya! From event to event I make a lots of new friends that make me find fun in doing any blog job or just keluar lepak sama-sama.

Pernah juga keterujaan untuk berjumpa kawan-kawan blogger sampaikan saya sanggup datang jauh dari KUANTAN semata-mata untuk event Nuffnang ini. Event Astro Real Explorer dan Astro Fear Factor. Sayalah yang paling lewat sekali sampai untuk event Nuffnang ini. Namun oleh kerana sangat semangat untuk bersama kawan-kawan, saya gagahi jua. Dengan layanan staff Nuffnang yang sememangnya terbaik, Anne Cheah, Sue Ann dan Darren Low pada ketika itu membuatkan saya rasa begitu dihargai dan berterima kasih sangat kepada Nuffnang. Ok kita habiskan bab event dan bagaimana saya awal-awal bersama Nuffnang itu.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Sekarang sudah tiada apa-apa dari Nuffnang untuk saya. [/pullquote]

Seterusnya kita pergi kepada topik yang paling kritikal ataupun paling ditunggu-tungggu oleh setiap orang iaitu berkenaan dengan duit! Oh! jangan anggap senang sahaja untuk beroleh duit dengan blog ini. Memang tidak mudah wahai kawan-kawanku sekalian. Saya cash out pertama setelah 2 TAHUN bersama mereka. Itupun dengan jumlah cash out yang paling minimum. Dan CPUV yang pertama saya dapat juga adalah 3 tahun setelah bersama mereka. Bayangkan betapa lamanya penantian yang tiada berkesudahan itu. Walaupun sedikit namun takkan berpaling tadah punya. Staff diorang baik kot. Masa tu Anne yang handle bahagian PR. Very sporting dan kelakar habis. Baik giler amoi nih.. Kalau pergi Heritage House mesti jumpa dia.. hehe. tapi sekarang dia dan tak bersama Nuffnang lagi.

Namun sekarang zaman kejatuhan saya mungkin. Kempen untuk blogbuster, dan juga sponser post sudah tidak lagi mendengar berita. Mungkin sudah tiada dalam list mereka. Jemputan event juga tiada lagi sekarang. Kempen CPUV pula seakan tidak berganjak ganjarannya. Sedih juga, apa salah saya telah lakukan kepada pihak mereka. Takpe la, mungkin zaman dedulu akan tiba kembali. Mereka terlepas pandang mungkin. Bak kata Nuffies semasa #LepakWithNuffies tempoh hari, mereka ada lebih 200,000 list blogger dalam sistem mereka. Mana mungkin mereka dapat kenalpasti semua blogger-blogger yang ada. Kan? I wish they will remember me back after this. Maybe! haha

Tekun Anne Cheah memberi penerangan semasa sesi #LepakWithNuffies
Tekun Anne Cheah memberi penerangan semasa sesi #LepakWithNuffies

Namun itu semua kenangan manis bersama mereka. Akan saya kenang sampai bila bila. Semoga selepas ini banyak lagi kenangan manis yang bakal tercipta bersama mereka. 🙂

AM: Gratefully Nuffnang membuka banyak ruang untuk saya kembangkan dalam bidang blogging ini. With blogging, I already do so many thing in my life. Terima kasih Nuffnang kerana membuka ruang dan memberikan langkah pertama kepada saya 🙂 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

30 thoughts on “Pengalaman Bersama Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *