Personal Shopper Malaysia -Pengalaman Pertama | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang disayangi sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya menjadi Personal Shopper.
Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi personal shopper. Menarik jugalah menjadi personal shopper ini. Padahal ianya hanyalah bidan terjun sahaja. Secara tak disengajakan .
Apa itu Personal Shopper?
Personal Shopper adalah seseorang yang memudahcara untuk anda memdapatkan sesuatu barangan ataupun apa jua barang keperluan. Dalam kata lain, mereka inilah yang akan membeli barangan keperluan atau apa sahaja yang anda perlukan jika anda tiada masa, malas nak keluar dan sebagainya. Pesan sahaja kepada mereka dan mereka akan dapatkan apa jua yang anda perlukan.
Cara Kerja Personal Shopper Malaysia
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana personal shopper di Malaysia ini berkerja bukan? Sebenarnya personal shopper di Malaysia ini biasanya mempunyai target barangan yang mereka bisa dapatkan. Sebagai contoh barangan kosmetik, barangan yang limited edition dan pelbagai lagi.
Untuk pertama-tamanya, personal shopper akan mendapatkan lokasi mana yang bakal mereka pergi untuk membuat pembelian. Dari situ mereka akan mengiklankan servis mereka kepada orang ramai. Biasanya di saluran sosial media dan juga aplikasi permesejan seperti telegram dan whatsapp.
Apabila mereka sudah mengiklankan perkhidmatan mereka, dari situlah pesana atau order akan diterima. Melalui order inilah mereka akan membuat pembelian seterusnya akan mengepos atau menghantar barangan tersebut kepada pembeli itu tadi.
Bagaimana Personal Shopper Dibayar?
Mungkin ramai yang penasaran nak tahu bagaimana personal shopper ini dibayar kan? Sebenarnya personal shopper ini dibayar berdasarkan servis yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Sebagai contoh mereka akan menerima bayaran sebanyak RMxx untuk setiap produk yang mereka dapatkan. Jumlah tersebut bergantung kepada personal shopper itu sendiri. Ada juga yang mengambil upah berdasarkan trip. Contohnya satu trip mereka pergi membeli, mereka kenakan caj sekian sekian. Ada yang berdasarkan per item.
Jumlahnya mengikut budi bicara PS dan juga pelanggan itu tadi. Namun jumlah itu boleh menjadi besar sekiranya barang yang ingin didapatkan itu susah untuk diperolehi. Seperti barangan limited edition, barangan yang kena beratur panjang dan pelbagai lagi kekangan yang terpaksa dihadapi.
Tips Untuk Personal Shopper
- Pastikan barangan apa yang anda ingin iklankan dan adakah barangan tersebut mudah untuk anda dapatkan?
- Pastikan barangan yang diiklankan jelas. Pastikan juga sertakan caj yang anda kenakan untuk item tersebut.
- Pastikan tempat yang anda ingin dapatkan tersebut berbaloi. Jangan order 2 3 sahaja tapi anda terpaksa meredah jem dan pergi tempat yang jauh. Kira sekali kos perjalanan anda seperti minyak kereta, tol, parking. Adakah berbaloi?
- Pastikan juga pelanggan membuat pembayaran sepenuhnya! Nanti akan ada kes yang pelanggan tak bayar, padahal kita sudah beli. Itu merugikan kita.
- Kira kos untuk penghantaran juga. Jika pos, beritahu pelanggan kos pengeposan. Cek berat dan saiz barang di laman web kurier yang berkaitan dan maklumkan kepada pelanggan. Kos ini mereka yang tanggung.
- Berikan gambar bungkusan sebelum pos. Ini untuk memastikan yang barangan yang telah kita pos adalah dalam keadaan baik. Ini untuk mengelakkan berlakunya tragedi di mana pelanggan menerima parcel yang rosak. Padahal parcel tersebut rosak semasa penghantaran. Berikan juga nombor tracking untuk mereka jejak atau track parcel mereka.
- Tanya khabar pelanggan untuk memastikan mereka menerima parcel dengan selamat.
Itu antara tips yang saya boleh kongsikan. Tips ini pun saya dapatkan daripada kawan-kawan saya yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Terima kasih atas tips berguna ini!
Video Pengalaman Personal Shopper
Jadi, buat anda yang nak jadi personal shopper tu, dah bersedia ke semua ni?