AMIRNAWAWI

Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook

Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook.

Dynabook Singapore Pte. Ltd. memperkenalkan dua peranti perniagaan yang baharu dalam rangkaian premium Portégé – Portégé X30L-J dan Portégé X40-J. Kedua-dua peranti ini dikuasai oleh cip pemprosesan Intel® Core Generasi ke-11 dan menampilkan prestasi, grafik, kadar respons, dan hayat bateri yang hebat dalam rupabentuk yang ringan, mudah alih tetapi lasak. Apabila ilham datang menjelma, kedua-dua komputer riba ini adalah teman yang sempurna untuk merakam buah fikiran yang terlintas dengan kemampuannya yang boleh dihidupkan dengan serta-merta (instant-on).

“Kita hidup dalam keadaan dunia yang sentiasa bersedia untuk beraksi – ‘always on and always there’.  Tuntutan pekerjaan dan kehidupan yang sentiasa berubah menyebabkan para pengguna memerlukan sebuah peranti yang bukan sahaja mampu menandingi gerak pantas dalam kehidupan malahan dapat mempertingkatkannya,” kata Wong Wai Meng, Pengurus Besar, Dynabook Singapura. “Pasangan peranti baharu ini adalah selaras dengan wawasan Dynabook untuk terus berinovasi bagi memberikan para pengguna semua yang mereka perlukan untuk kelancaran produktiviti, kreativiti dan kolaborasi di mana sahaja mereka berada.”

Portégé X30L-J – Komputer riba luar biasaringan. Berprestasi tinggi

Dengan kasis magnesium yang padat seberat 906g1, Portégé X30L-J adalah sangat ringan, mudah dibawa ke mana sahaja dan mempunyai ciri tahan lasak yang tiada tandingan. Untuk memberikan prestasi yang mantap, grafik yang jitu dan keselamatan bertahap perusahaan, Portégé X30L-J menggunakan cip pemprosesan Intel® Core generasi ke-11 yang terkini dan enjin grafik Intel® Iris® Xe.

Komputer Riba ini mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga yang efisien, paparan bezel nipis 13.3-inci Sharp IGZO FHD dengan kecerahan 470NIT untuk visual yang kelihatan hidup dan hayat bateri yang mantap. Dengan penarafan hayat bateri 14.9 jam2, Portégé X30L-J adalah pilihan yang terbaik untuk kegunaan golongan profesional yang sentiasa bergerak.

Portégé X40-J – Rekabentuk Anggun. Tahan lasak.

Menampilkan warna biru mistik (mystic blue) dengan rekabentuk berasaskan aluminium, Portégé® X40-J adalah sebuah komputer riba premium 14-inci untuk golongan profesional yang memberikan gandingan bergaya tanpa kompromi, produktiviti sepanjang hari dan ciri-ciry moden.

Dikuasai oleh cip pemprosesan Intel® Core Generasi ke-11 dan enjin grafik Intel® Iris® Xe, Portégé® X40-J menawarkan prestasi yang mantap, grafik yang jitu dan keselamatan bertahap perusahaan. Paparan 14-inci dengan bezel nipis Portégé® X40-J boleh didapati sama ada dalam paparan FHD IPS untuk visual yang kaya, sebuah paparan multi-sentuhan untuk navigasi paparan moden atau Teknologi Paparan Privasi Dinamik (Dynamic Privacy Screen Technology) untuk tahap privasi yang lebih selamat. Dengan bateri baharu, lasak dan tahan lama, Portégé X40-J memberikan sehingga 13.8 jam2 dalam penarafan hayat bateri.

Kesalinghubungan termaju

Dengan adanya pilihan rangkaian kesalinghubungan tanpa wayar dan berwayar, kedua-dua peranti ini mudah disesuaikan untuk apa sahaja persekitaran kerja. Setiap satunya dilengkapi dengan dua port USB-C baharu dengan kemampuan Thunderbolt 4 untuk kegunaan mengecas, memindah data dan menghubungkan semua secara serentak.

Kesalinghubungan persisian tambahan boleh diperolehi daripada satu port bersaiz penuh HDMI, dua port USB 3.1 Type-A ports dan satu bicu audio 3.5mm, sementara sisipan kad micro-SD memberikan storan tambahan jika diperlukan. Untuk kesalinghubungan tambahan, Portégé X30L-J juga dilengkapi dengan sisipan ethernet RJ45. Dari perspektif tanpa wayar, setiap peranti ini dilengkapi oleh Intel® 802.11ax (WiFi 6) + BT 5.1 modul yang terkini.

Rekabentuk Selamat dan Tahan lama

Kedua-dua komputer riba Portégé X40-J 14-inci dan Portégé X30L-J 13-inci memenuhi keperluan ciri keselamatan, Windows 10 Secured-core PC3 Microsoft dan termasuk di dalam koleksi komputer riba Dynabook yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tertinggi.

Kedua-dua kompiter riba ini dibina dengan kombinasi tahan lasak daripada BIOS proprietari Dynabook, perkakasan, perisian dan perlindungan pengenalan sebaik sahaja dikeluarkan daripada kotak – termasuk enkripsi gred perusahaan dan proses pengesahan menggunakan biometrik – untuk meningkatkan perlindungan daripada ancaman siber masa kini dan juga masa hadapan.

Kedua-duanya boleh menggunakan konfigurasi paparan privasi FHD agar kandungan yang dipaparkan dapat dilihat serta-merta oleh pengguna, dengan menggunakan satu arahan papan kekunci yang mudah. Kedua-dua komputer riba ini juga menampilkan Pengatup Privasi Kamera Sesawang (Webcam Privacy Shutter) berintegrasi untuk melindungi pengguna daripada akses tanpa kebenaran.

Tambahan lagi, pasangan ini turut dilengkapi dengan engsel 180-darjah yang kuat untuk membolehkannya dibuka dengan posisi mendatar di atas meja bagi tujuan perkongsian. Papan kekunci tanpa bingkai dengan pencahayaan backlit dan pad sesentuh, Precision TouchPad dengan rasa sentuhan umpama kaca dan pengimbas cap jari mempertingkatkan lagi ciri ergonomik untuk kepuasan pengguna.

Komputer riba premium perniagaan ini direkacipta dan diuji dengan terperinci bagi memberikan tahap kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dynabook telah merekacipta Portégé X30L-J dan Portégé X40-J untuk lulus ujian kekuatan dan daya tahan mengikut piawaian MIL-STD-810G.

Peneraju komputer riba ini juga melakukan ujian Highly Accelerated Life Test (HALT) dan ujian tekanan yang lain ke atas kasis, engsel, papan kekunci dan port komputer riba ini untuk memberikan gandingan ketegaran dan fleksibiliti yang mantap bagi rekabentuk yang ringan. Sebuah sistem pendinginan Airflow yang berasingan juga membolehkan kedua-dua peranti ini beroperasi pada suhu optimal, termasuk kaki getah baharu yang mengangkat komputer riba dari aras meja untuk memberikan pendinginan, stabiliti dan keselesaan tambahan.

Perbandingan spesifikasi untuk peranti-peranti Portégé baharu
 Portégé X30L-JPortégé X40-J
Saiz dan berat306mm x 210mm x 17.9mm; dari 906g323mm x 220mm x 17.9mm; dari 1.4kg
Cip pemprosesanIntel® Core i5/i7 Generasi ke-11Intel®Core i5/i7 Generasi ke-11
MemoriPilihan modul 8GB/16GB sehingga maksimum 32GB DDR4 (3,200MHz)Pilihan modul 8GB/16GB sheingga maksimum 32GB DDR4 (3,200MHz)
StoranPilihan 256GB, 513Gb, 1TB M.2 PCIe NVMe Pemacu keadaan pepejal (SSD)Pilihan 256GB, 513Gb, 1TB M.2 PCIe NVMe Pemacu keadaan pepejal (SSD)
BateriBateri 4-sel dengan 53Wh dan Hayat Bateri sehingga 14.9 jam ¹Bateri 4-sel dengan 53Wh dan Hayat Bateri sehingga 13.8 jam¹
Paparan13.3” FHD SHARP IGZO kuasa rendah, kecerahan tinggi 470 NIT 13.3” FHD 400 NIT dengan fungsi privasi 13.3” FHD SHARP IGZO 300 NIT dengan sesentuh In-Cell14.0” FHD 250 NIT   14.0” FHD 400 NIT dengan fungsi privasi 14.0” FHD 300 NIT dengan sesentuh In-Cell
Kesalinghubungan persisian  2x USB Type-C w/ Thunderbolt 4, 2x USB 3.1 Type-A, 1x HDMI 2.0, 1xRJ452x USB Type-C w/ Thunderbolt 4, 2x USB 3.1 Type-A, 1x HDMI 1.4
Kesalinghubungan Tanpa WayarIntel AX WiFi 6 dan Bluetooth 5.1  Intel AX WiFi 6 dan Bluetooth 5.1
KameraKamera HD 0.9MP atau kamera FA dengan pengatup kameraKamera HD 0.9MP atau kamera FA dengan pengatup kamera
     
KasisAloi magnesium (MIL STD 810G)Aloi aluminum (MIL STD 810G)
Engsel180 darjah180 darjah
Ketersediaan Produk

Komputer riba Portégé X30L-J dan Portégé X40-J akan di pasarkan di Malaysia mulai bulan Februari 2021. Untuk pertanyaan tentang produk, sila hubungi perunding perusahaan tempatan atau hantarkan e-mel ke DBS-b2b@dynabook.com. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dynabook, sila layari: http://asia.dynabook.com

Exit mobile version