Site icon AMIRNAWAWI

Resepi Kerbau Guling (Kuba Guling)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang  saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai resepi kerbau guling ataupun lebih dikenali sebagai kuba guling dalam kalangan penduduk tempatan.

Untuk makluman semua, kuih kerbau guling ini cukup terkenal di Kelantan dan juga selatan Thailand. Jika di Selatan Thailand ia dikenali sebagai kuih hitam. Namun jika di daerah Rantau Panjang ianya dikenali sebagai kuba guling.

Nama Kerbau Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kerbau guling. Namun usah bimbang, walaupun namanya agak pelik, rasanya memang enak untuk dicuba.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi untuk membuat kuih ini. Ini bagi memudahkan anda yang berada di luar Kelantan untuk merasai sendiri keenakkan kuih ini dengan membuatnya sendiri.

Kuih Kerbau Guling – credit NST
Resepi Kuih Kerbau Guling

Bahan-bahan

250gm tepung beras
150 gm tepung jagung
3 sudu bsr tepung beras pulut

200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter stgh
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pasikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
Dah siap!
Macamana? Bolehlah cuba masakan ini sendiri nanti. Sebenarnya pembuatan lebih kurang seperti membuat kuih kasui sahaja. Cuma kali ini ianya bewrana hitam.
Selamat mencuba
Exit mobile version