Site icon AMIRNAWAWI

Resepi Kulat Sisir Goreng Bersantan

Resepi Kulat Sisir Goreng Bersantan | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai resepi kulat sisir bersantan.

Resepi ini merupakan resepi turun temurun ibu saya sejak dulu lagi. Kalau di Kelantan memang terkenal. Sejak kecil saya disuap dengan masakan ini. Walaupun ringkas namun sedap!

Tambahan sekarang ini musim hujan, jadi memang kulat sisir ini tumbuh merata. Di pohon getah yang mati biasanya kulat ini akan muncul. Menjadi rezeki untuk sesiapa yang memetiknya. Petik sahaja esok ada lagi kalau hujan.

Penyedian kulat sisir ini memang sedikit rumit. Mana tidaknya kena buang pangkalnya satu per satu. Agak lama juga dan memerlukan fokus ya g tinggi. Tapi kalau dah suka, memang tak apa lah. Nak lagi mudah beli sahaja kulat sisir yang telah diproses di pasar. Kalau kat Kelantan banyak je yang jual.

Baiklah jom kita tengok bahan-bahannya:

1 mangkuk kulat sisir

Setengah liter santan

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 inci halia

Cili padi mengikut selera.

Garam, gula secukup rasa.

Cara Penyediaan Resepi Kulat Sisir Goreng Bersantan

Cara penyediaan cukup mudah.

  1. Bersihkan kulat sisir dan perah sehingga kering airnya.
  2. Panaskan kuali dan masukkan kulat
  3. Masukkan santan
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia.
  5. Masukkan garam gula dan sedikit serbuk perasa.
  6. Masak sehingga santan kering.
  7. Siap!

Mudah bukan? Nak buat pun sekejap je. Kalau korang dah buat, jangan lupa komen ya.

Tonton video cara memasak di sini.

Jumpa lagi untuk resepi seterusnya.

Untuk resepi lain, boleh klik di sini.

Exit mobile version