Site icon AMIRNAWAWI

Sedapnya Aiskrim Jwel..

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog amirnawawi.com sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sjehatera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai aiskrim yang sedang hangat dipasaran iaitu aiskrim jwel keluaran F&N.

Untuk makluman semua, Nestle telah mengeluarkan aiskrim Jwel iaitu aiskrim yang dilitupi dengan coklat tebal. Aiskrim dalamnya pula penuh rasa dengan pelbagai variasi iaitu vanila tiramisu, double coklat karemel dan black forest. Gabungan perasa ini dengan coklat tebal yang dilitupi pasti membangkitkan selera anda.

Terdapat 5 jenis variasi rasa aiskrim Jwel untuk anda nikmati dan mempunyai tanda rasa yang tersendiri. Antara variasi rasa yang terdapat ialah

1. The Duke of Vanilla

2. The Countess of Tiramisu

3. The Duchess of Double Chocolate

4. The Earl of Caramel

5. The Baron of the Dark Forest

Tiramisu dan Black forest
Double Chocolate
Vanilla

Saya telah mencuba kesemua rasa ini dan yang paling menarik rasa saya ialahTiramisu. Memang penuh rasa coklatnya. Ditambah pula dengan coklat tebal yang menyelaputinya. Saya syorkan untuk anda mencuba kesemua perisa untuk mengetahui yang manakah lebih memikat deria rasa anda.

Aiskrim Jwel mempunyai 5 jenis flavour iaitu karemel, double coklat, tiramisu, black forest dan vanilla. Tapi antara…

Posted by Amiruddin Nawawi on Sunday, May 24, 2015

Untuk mendapatkan aisrim Jwel ini anda bolehlah mendapatkkannya di supermarket ataupun hypermarket yang terpilih di seluruh negara. Harga yang disyorkan adalah RM3.70 untuk sepotong aiskrim Jwel dan RM14.60 untuk 4 potong aiskrim Jwel ini. Jom dapatkannya sekarang di Giant, Tesco, Jaya Grocer, Jusco dan Cold Storage.

Harga di pasaraya Giant (harga termasuk GST)

Website: www.jwel.my
Facebook: www.facebook.com/JWELMY
Instagram: @JWELmy

AM: Sudah berpeluang merasa kesemua perisa aiskrim ini, anda pula bagaimana?

 

Exit mobile version