Assalamualaikum semua. apa khabar? Semoga semuanya sehat sejahtera hendaknya. Walaweh dan berapa tahun dah rasanya tak sertai segmen nih. Tapi hari ini rasa terdetik pula hati ini nak menyertai segmen yang dianjurkan oleh sifu saya ini. Mana mungkin saya melepaskan peluang untuk dikritik secara bebas oleh rakan blogger yang lain.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]mereka biasanya nampak apa yang kurang pada kita[/pullquote]
Untuk makluman semua, teguran adalah penting dalam usaha kita untuk memperbaiki apa jua kesilapan yang mungkin tidak kita perasaan. Kadang-kandang kita tak nampak apa yang kurang pada apa yang kita ada, namun mata sekeliling selalu memerhatikan kita dan mereka biasanya nampak apa yang kurang pada kita. Jadi dengan adanya segmen tegur-menegur ini semoga apa yang kurang pada blog saya ini bisa ditegur untuk saya tambahbaiknya.
Sebenarnya apa yang menariknya tentang tegur menegur ini ialah saya dapat memperbaiki kekurangan blog kesayangan saya ini. Kalau dulu selalu kena tegur ngan bro Eyriqazz sebab tak kemaskini blog, namun selepas itu, dari satu entri seminggu, menjadi sehari satu entri.. hehe..
Yang ketaranya jugak ialah dengan penulisan saya. Sememangnya kalau baca teknik penulisan saya pada tahun pertama berblog dulu sememangnya carca marba. Namun sekarang lebih teratur sedikit (mungkin la)
Jadi apa tunggu lagi semua. Ayuh kita bersama turut serta dalam segmen ini. Jom!
AM: Kerana teguran dari kekawanlah saya berjaya sampai ke tahap sekarang. Terima kasih.