Site icon AMIRNAWAWI

Semua Dah Balik… Aku Sendirian..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Lusa kita raya Aidil Adha kan. Aku memang sedih sebab aku balik umah lewat.. Waa! orang lain semua dah balik. Tinggal 2 3 kerat jer lagi makhluk kat universiti aku nih. Tu pun ramai India dan Cina jer. Diorang memang la tak kalut nak balik sebab memang bukan diorang yang raya.

Aku balik bas pukul 2 petang hari Sabtu. Tu pom tak tahu la sampai pukul berapa kat rumah. Kawan-kawan cakap2 memang jem teruk la jalan. Semua memang dah sedia maklum yang jalan2 ke negeri pantai timur memang jem teruk waktu musim raya kan. Tambah2 kalau kat Kelantan. Ya Allah, memang sesak la.

Yang tu ok lagi kot sebab sekurang-kurangnya aku boleh la sampai sebelum hari raya. Tapi apa yang menyedihkan ialah mak aku ada la buat kenduri doa selamat sket hari Sabtu tu. Aku tak sempat la nak turut serta. Aku bertolak pom dah pukul 2 petang. Majlis tu buat lepas Zohor. Memang tak merasa la jawabnya. Sedih wa cakap sama lu.

Haha3.. Sesaje jer letak gambar nih.. Takde kaitan ngan entri ni pom sebenarnya

Takpe la. Walau tak dapat turut serta dalam majlis doa selamat tuh, aku berdoa dari jauh pom sudah cukup *ayat sedih

Mungkin inilah pengorbanan yang terpakas aku lakukan demi menuntut sedikit ilmu diperantauan. Semoga aku selamat sampai esok..

Dalam dingin Subuh, hatiku terusik. kenang nasib diri dirantauan. Tetapi aku harus, mencari ilmu, mebela nasib kita bersama….ooo

AM: Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.. Semoga kita menjadi hamba Allah yang Soleh.. Aminn..

Exit mobile version