Site icon AMIRNAWAWI

Senarai Nama Pokok di Dalam Bakul Pemenang Pingat Sukan SEA KL2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hebdaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan nama pokok yang terdapat di dalam bakul pemenang pingat sukan SEA KL2017.

Mungkin anda semua tertanya-tanya pokok apa yang ada dalam bakul semasa penyampaian pingat sukan SEA yang diadakan di Malaysia ini.

Saya juga tidak terkecuali. Tertanya dan tertanya. Kalau diikutkan seperti pokok durian ataupun rambutan. Banyak yang berteka teki.

Namun tahukah anda pokok yang terdapat di dalam bakul tersebut adalah pokok syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana(Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

Apa motif diberikan pokok ini? Nak kena balik tanam kat negara masing-masing ke? Lepas ke bawa naik kapal terbang?

Saya juga tak pasti. Apa yang saya pasti ianya adalah dibawah Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’.

Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja akan ditanam selepas tamat KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk mengimbangi karbon dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

Anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat.

Menarik bukan? Bagi atlet luar negara, saya tidak pasti pula bagaimana. Apapun syabas untuk usaha memupuk semangat cintakan bumi hijau ini.

Exit mobile version