Tempahan Hadiah Dalam Talian di Printcious | Hi semua. Apa khabar kalian semua hari ini? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk perkongsian hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tempat untuk kita membuat tempahan hadiah mengikut pilihan kita sendiri iaitu Printcious.
Semua sedia maklum, tahun baharu baru sahaja bermula. Sepanjang tahun 2019 sememangnya masih banyak masa. Banyak peristiwa, hari-hari penting serta apa jua majlis yang akan kita jalani pada tahun ini. Ada yang hampir dan ada juga yang masih jauh. Saya sebenarnya tak mahu nak bercerita panjang tetapi sebenarnya, ulangtahun hari lahir saya semakin hampir.
Ulangtahun hari lahir saya kali ini saya ingin hadiah yang istimewa daripada kalian. Boleh? Hadiah yang saya inginkan adalah bantal dari Printcious ini. Yang pasti ianya mestilah bercetak gambar yang menarik ya.
Ha! Saya sekadar bergurau sahaja. Tapi kalau anda nak hadiahkan betul-betul pun apa salahnya. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Oh! Hari jadi saya 26 Januari nanti ya J
Baiklah sebenarnya saya terjumpa laman web Printcious ini setelah mencari untuk membuat tempahan untuk diberikan kepada ibu saya semperna hari lahirnya yang lepas. Sukar untuk saya mencari tempat untuk membuat tempahan dan leceh untuk mencarinya secara luar talian (off-line).
Agak susah untuk mencari tempat yang boleh kita membuat tempahan. Jadi, sebagai solusi yang berkesan, saya mengambil keputusan untuk menempah barangan secara dalam talian. Dengan segala review yang bagus diberikan oleh bekas pelanggan mereka menjadikan saya lebih yakin untuk menempah barangan saya di sini. Barangan pun banyak jenis yang boleh anda pilih.
Cara untuk tempahan juga cukup mudah. Empat langkah sahaja pun kita sudah siap untuk menempah barangan kita. Buat anda yang masih teragak-agak untuk menempah, mari saya tunjukkan langkahnya ya.
Langkah Pertama:
Pilih produk yang anda inginkan. Macam saya saya teringin nak bantal ini. Jadi saya pilih bantal sebagai produk saya.
Langkah Kedua
Pilih gambar untuk anda cetak di atas produk anda. Yang paling saya suka adalah, di Printcious ini, anda boleh menggunakan gambar dari Instagram anda sendiri! Anda juga boleh muat naik sendiri gambar mana yang anda gemari.
Langkah Ketiga
Anda boleh juga memasukkan perkataan ke atas produk yang anda inginkan. Memandangkan ianya adalah hari lahir saya, saya masukkan ucapan untuk saya sendiri. 🙂
Langkah Keempat
Selesai, anda boleh add to cart dan teruskan dengan pembayaran. Senang bukan?
Selain itu juga, tidak hanya di Malaysia, Printcious ini sudah dikenali umum di beberapa negara lain. Antara negara yang telah mereka beroperasi adalah di Malaysia, Australia dan juga Singapura.
Malaysia: www.printcious.com/my,
Australia: www.printcious.com/au
Singapura: www.printcious.com/sg.
Jadi, anda semua tidak usah ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dari Printcious ini. Ianya well-establish company ok. Saya sebenarnya malas nak puji lebih-lebih pula, anda sendiri yang patut cuba servis yang mereka sediakan ini.
Apa yang lebih menariknya di Printcious ini, mereka memberikan diskaun secara berkala dengan pelbagai tawaran yang menarik. Sebagai contoh, minggu ini mereka memberikan diskaun untuk produk seperti di bawah ini.
Selain itu juga, buat sesiapa yang menguruskan sesuatu majlis atau apa jua keraian, anda juga boleh menempah segala barangan yang terkandung di Printcious dalam skala yang banyak. Bukan hanya satu-satu tapi secara pukal terus. Lagi jimat bukan?
Untuk pembelian secara pukal, bolehlah layari laman web ini ya, www.printcious.com/my/bulk-order Jadi, apa anda tunggu lagi, jangan lupa dapatkan hadiah anda di Printcious ok. Saya pula tak sabar menunggu sesiapa yang sudi hadiahkan saya bantal untuk hari lahir saya nanti. Pastikan letak gambar saya yang paling hensem ok