Site icon AMIRNAWAWI

Trimz Shot Produk Terbaru Zara Zya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai produk Trimz Shot dari Zara Zya.

Semua sedia maklum, Zara Zya merupakan pelakon Malaysia yang cukup terkenal dan kerap membintangi pelbagai drama dan filem tanah air. Walaupun usia telah memasuki 30-an, namun watak pelajar sekolah masih mampu dipegang oleh Zara.

Apa rahsianya? Rahsianya adalah dengan memiliki tubuh badan yang cantik dan awet muda. Katanya untuk memastikan kesihatan tubuh badan dan wajah yang lebih berseri, beliau mengamalkan intermittent fasting bersama produknya iaitu Trimz Shot.

Apa itu Trimz Shot?

Trimz Shot adalah produk makanan tambahan yang mengandungi aqua, ekstrak lemon, pati kurma, delima, prunes, ficus carica, extrak guarana, garcenia cambogia, L- cysteine, vitamin C, Garcinia mangostine, white kidney, green coffee bean extract, habatussauda dan hoodia.

Trimz Shot juga membantu menurunkan berat badan penggunanya. Selain itu juga, produk ini membantu dalam proses detox, membantu sistem pencernaan, mengelakkan sembelit, membakar lemak, anti oksidan, meningkatkan metabolisma, mengurangkan selera makan dan juga menyerikan kulit wajah.

Namun semua itu perlulah disertakan dengan program Intermittent Fasting Bersama Zara Zya. Dengan tanda pagar #IFWithZaraZya, anda akan dituntun oleh Zara Zya sendiri bagaimana untuk melakukan intermittent fasting ini bersamanya selama 10 hari melalui video yang berdefinasi tinggi. Video ini percuma untuk para pelanggan Trimz Shot.

Jadi jika anda mengikuti segala langkah yang ditunjukkan oleh Zara Zya melalui video tersebut, anda berkemungkinan untuk turun sehingga 2 kilo sepanjang sesi 10 hari tersebut. Sebenarnya tak susah pun, asalkan punya keazaman yang tinggi di samping ikuti segala arahan yang diberikan.

Saya sendiri telah mendengar penerangan dari Zara Zya berkenaan produk ini tempoh hari. Penerangan terperinci dari Zara berkaitan Trimz Shot yang mampu menurunkan berat badan pengguna.

Dengan hanya RM59 sahaja untuk 1 kotak dengan 10 sachet di dalamnya pastinya cukup berbaloi untuk dicuba. Usah bimbang dengan keselamatan produk kerana produk ini telah dikilangkan di kilang yang berstatus GMP selain menggunakan produk yang bermutu tinggi.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, adakah betul produk ini merupakan produk Zara Zya sendiri atau Zara sekadar duta? Untuk makluman semua, produk ini merupakan produk Zara Zya sendiri yang segalanya diuruskan oleh pihak pengurusan beliau. Jadi produk Trimz Shot ini adalah miliknya sendiri dan bukan hanya sebagai duta.

Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba atau mendapatkan produk Trimz Shot ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.

Website : zarazya.com
Facebook : https://www.facebook.com/zarazyahqofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/zarazyahq.beauty/

Exit mobile version