Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya masih lagi ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti saya di Langkawi. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai pengalaman saya makan malam di tengah laut andaman bersama Tropical Charters Langkawi.
Setiap daripada kita ingin melakukan pelbagai aktiviti yang mampu memberikan pengalaman yang indah dalam hidup kita. Pernahkan anda terfikir untuk menikmati makan malam bersama pasangan di tengah lautan? Ya! Saya dahulunya pernah terfikir untuk berbuat demikian, namun masih belum terdapai impian untuk melakukannya berdua. Namun lakukan berseorangan itu pernah.
Tropical Charters Langkawi beroperasi betul-betul bersebelahan dengan Resorts World Langkawi. Jadi ianya memang memudahkan untuk para pengunjung menikmati aktiviti pelayaran makan malam ini. Marina terletak bersebelahan hotel dan anda mampu melihat kapal-kapal ini berlabuh juga dari infinity pool Resorts World Langkawi.
Seusai Asar, saya dan rakan-rakan menaiki kapal ini. Ianya memang cukup mempesonakan saat menikmati pemandangan yang disediakan disepanjang pelayaran. Dengan gugusan pulau yang tersergam indah di sekitar Langkawi ini menjadikan pengalaman lebih bermakna.
Di atas kapal ini, aanda akan disajikan dengan minuman secara percuma tanpa henti (free flow). Jadi sambil minum air itu bolehlah berborak bersama rakan ataupun bersama poasangan bagi yang hadir bersama pasangan. Sambil menghirup air, hiruplah juga udara segar daripada laut ini. Tanpa pencemaran.
Selain itu juga terdapat aktiviti lain yang anda dapat lakukan di atas kapal tersebut. Bukan hanya sight seeing sahaja namun terdapat aktiviti lain juga seperti seawater spa. Ianya sememangnya baru bagi saya!
Ianya aktiviti dimana anda akan terjun ke laut dalam dan bertenggek di belakang kapal sambil menikmati permandangan. Terbaik la. Anda memang patut cuba kerana saya sendiri telah mencubanya.
Tatkala matahari telah melabuhkan tirainya. Suasana indah menyelubungi pemandangan. Dengan warna jingga yang mempesonakan, lagi menarik pemandangan yang dapat dilihat. Ianya pasti memahat memori indah dalam minda kita selamanya,
Perut sudah bekeroncong dan minta diisi dengan makan. Jadi makan malam pun bermula. Kami dijamu dengan barbeku udang, ikan, dan juga ayam. Selain itu juga terdapat makanan enak yang lain seperti satay, daging masak merah, sayur bersama daging, salad buah dan pelbagai lagi. Saya jamin ianya memang sedap dan bakal membuatkan perut anda penuh sepenuhnya.
Setelah itu, kapal kembali ke marina dan aktiviti kami berakhir lebih kurang pukul 8 malam. Ianya sangat mempesonakan dan anda sendiri patut mencubanya! Saya amat mengesyorkan untuk anda mencubanya sendiri.
untuk maklumat lanjut dan hal-hala berkaitan Tropical Charters Langkawi ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.
Website: https://tropicalcharters.com.my/