Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua para pembaca yang budiman. Kali ini kita bertemu lagi dalam segmen #amirmakan. Untuk segmen kali ini, saya ingin membawakan makanan yang cukup popular di selatan Thai iaitu pulut mangga.
Sewaktu saya berjalan-jalan di sempadan, juadah ini memang banyak dijual. Meneliti segala ramuan yang digunakan, saya terus membuat experiment sendiri berkenaan juadah pulut mangga ini. Penyediaan cukup mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
[notice]
1- Mangga ( Boleh digganti dengan apa-apa buah, tapi pulut mangga, konform la guna mangga)
2- Beras Pulut
3- Santan
4- Tepung jagung
5- Gula garam secukup rasa.
[/notice]
Cara memasak:
[notice]
1- Tanak beras pulut mengikut sukatan anda. Masak sehingga beras pulut betul-betul masak
2- Masukkan santan dalam periuk lain. Masak sehingga menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan sedikit garam dan air tepung jagung.
3- Ambik pulut dan kupas buah mangga dan masukkan ke dalam pinggang. Tuang santan yang telah dimasak tadi.
4- Siap!
[/notice]
Mudah bukan kalau dah tahu caranya. Meang mudah dan bajet. Sesuai untuk orang bujang. Yeah!
Petua: Jangan masukkan terus tepung jagung dalam santan, tapi hendalah larutkan dulu dalam air sejuk. kalau tidak tepung akan bergumpal dalam santan.
