Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian. hari ini saya ingin berkongsi pula dengan anda semua mengenai resepi yang baru sahaja saya buat. Mudah dan senang.
Segala masakan yang saya tunjukkan dalam blog ini merupakan edisi bajet kerana saya bujang dan tak suka masak benda-benda yang rumit. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi Spageti Bolognese yang cukup mudah dan senang unutk disediakan.
Bahan-bahan:
[notice]
Spageti
Sos spagetti
Daging cincang/daging burger
Sayur/cendawan butang
[/notice]
Cara memasak spageti.
1- Panaskan air dan masukkan spageti. Masukkan sedikit minyak untuk mengelakkan spageti melekat.
Cara memasak kuah spageti:
1- Masukkan minyak dan sos tomato spageti.. Biarkan seketika. Bila mendidih, masukkan air dan daging. Masak hingga daging empuk.
2- Masukkan sedikit air tepung gandum/jagung untuk memekatkan kuah.
3- Tambah perasa, gula, garam mengikut selera tekak masing-masing.
Sedia untuk dihidangkan, 🙂
Kos:
[notice]
Spageti- Rm3.90
Sos spageti- RM4.00
Daging burger- RM3.90
Total. RM11.80
[/notice]