Site icon AMIRNAWAWI

Anak-anak Dari Rumah Juara Dirai oleh Pihak Cold Storage Semperna Krismas

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai satu acara yang telah berlangsung sebelum hari Krismas yang lalu.

Anak-anak dari Rumah Juara

Untuk makluman semua, pada beberapa hari lepas, seramai 50 anak-anak dari Rumah Juara yang terletak di Petaling Jaya ini telah dirai dalam majlis yang cukup meriah. Anak-anak ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan yang menetap di Rumah Juara ini. Rumah ini juga menjadi anak angkat kepada pihak Cold Storage.

Pengurus Rumah Juara

Pihak Cold Storage sendiri telah membelanjakan sejumlah RM200,000 untuk program CSR mereka bersama anak-anak Rumah Juara ini.

Dalam majlis yang meriah ini, anak-anak ini dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan antaranya adalah pertunjukkan silap mata, badut, mengecat muka, koir dan banyak lagi. yang paling menarik adalah aktiviti penyampaian hadiah.

Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh GCH Retail Malaysia Sdn Bhd’s Chief Executive Officer, Mr Pierre Olivier Deplanck 

 

Bukan itu sahaja, setiap tahun GCH Retail akan memperuntukkan lebih dari RM 2 juta untuk aktiviti CSR mereka. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga banyak lagi syarikat lain yang akan meneruskan amalan sebegini di masa akan datang.

Exit mobile version