Site icon AMIRNAWAWI

Astro Fear Factor Fearless Challenge

Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Tidak sabar rasanya saya untuk menonton rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Saya percaya anda semua juga teruja untuk bersama menontonnya nanti.

Buat pengetahuan semua program Astro Fear Factor Selebriti Malaysia akan ditayangkan bulan depan di saluran Ria 104 Astro. Seramai 30 selebriti bakal berentap untuk merebut gelaran juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Para selebriti telah berlepas ke Capetown untuk menjalani penggambaran di sana. Antara selebriti yang menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM)

 Pengacara untuk program ini ialah hero pilihan Malaya, Aaron Aziz.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh para selebiriti di sana sebelum dinobatkan sebagai juara. Dan semestinya setiap orang ada peserta kegemaran masing-masing. peserta kegemaran saya ialah… Akim dan Farish. Pemilihan mereka sebagai peserta pilihan saya adalah kerana jiwa remaja mereka. Tenaga dan semangat mereka semestinya lebih dari peserta lain yang berusia. Yeah!

Sebelum berangkat ke Capetown tempoh hari, para peserta Fear Factor Selebriti Malaysia ini telah menjalani sesi bootcamp di Batu Caves. Berikut adalah sedikit gambar sepanjang bootcamp tersebut belangsung. Gambar diambil dari facebook FFSM

Menarik bukan? Untuk melihat gambar yang selebihnya bolehlah berkunjung ke page mereka di facebook. Klik di sini.

Berbicara mengenai fear factor, setiap orang mesti ada ketakutan dalam diri masing-masing. Dan ketakutan yang ketara dalam diri saya ialah takut pada ketinggian atau nama saintificnya acrophobia. Saya tidak boleh berada pada tempat tinggi dan mudah merasa takut. Apabila berada di tempat tinggi, secara automatik saya akan rasa gayat.

Tebgok gambar ini pun sudah terasa gayatnya

Kesannya pada diri saya ialah tidak mudah untuk berjalan pada tempat tinggi, berada pada tempat tinggi dan tidak boleh pandang ke bawah pabila berada di tempat tinggi. Contohnya apabila berkunjung ke pasaraya besar, saya tidak akan berjalan di tepi pagar kerana agak takut untuk memandang ke bawah. Apabila naik kapal terbang pula, saya tidak boleh duduk di tepi tingkap. Gayat dan pening lalat.

Walaubagaimanapun saya berusaha untuk mengatasi ketakutan ini dalam diri saya kerana selepas ini saya akan bekerja sebagai jurutera kimia. Terpaksa juga saya memanjat loji yang tinggi-tinggi. Tidak boleh ada sebarang ketakutan ketinggian pada diri saya. Teringin saya untuk mencuba rock climbing untuk menguji tahap ketakutan saya, Harap-harap di Fear Factor House terdapat aktiviti ini. Sememangnya menjadi impian saya.

Buat para pembaca semua, jangan lupa untuk menyaksikan Fear Factor Selebriti Malaysia ini pada bulan hadapan hanya di Astro Ria 104.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman ini..

AM: Teruja untuk bersama di dalam Fear Factor House- Is your chance to experience Fear Factor live!

Exit mobile version