Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog saya yang setia. Apa kahbar anda dan keluarga pada hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya.
Alhamdulillah, pada Sabtu lepas saya berpeluang pergi ke Kuala Lumpur. Sepanjang kepergian saya ke sana, saya telah menerima satu panggilan (terpaksa dirahsiakan dahulu). Memang mengejutkan. Pucuk dicita, ulam mendatang.
Saya pergi ke Sunway Piramid untuk Fear Factor Blogger Selebriti Malaysia. Namun habuan lain yang saya terima. Syukur. Apapun, entri untuk Fear Factor Seleriti Malaysia Edisi Blogger akan saya kemaskini kemudian. Tunggu entri daripada saya. Sekarang inilah iPad baru saya terima. Model A1458. Search la di Google untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah, kalau tahun pertama amirnawawi.com dapat Samsung Galaxy S2, kali ini iPad pula. Doakan kejayaan blog ini pula dimasa hadapan ya. 🙂