Blogger Berbayar dan Tidak Dibayar
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Hari ini bukan topik umum tapi hanya berkisar mengenai alam blogging yang makin meluas ini. Mana tidaknya sampaikan blog yang ada di Malaysia ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Ada yang buat blog sekadar untuk suka-suka, ada yang untuk berniaga dan ada jugak yang jadikan sebagai sumber pendapatan. Namun disebalik kerancakan arena blogging ini, tidak kurang juga isu yang timbul iaitu blogger dibayar atau tidak dibayar untuk menghadiri event.
Ayuh dengar pendangan peribadi saya pula. Bagi saya saya tak kisah berbayar atau tidak. Namun tengoklah berdasarkan kesesuain. Kalau setakat event main pecah-pecah belon tu saya kena pergi, memang takde maknanya saya nak kena sampai ke sana kan. Kalau event yang tidak berbayar sekalipun, kalau kena dengan caranya memang saya akan pergi. Kalau event tu ramai blogger yang saya kenal pergi, memang saya akan pergi. Masa ini la untuk meluaskan networking kita.
Banyak juga rasanya dulu saya sertai event yang tidak berbayar ini. Namun sebelum pergi saya akan pastikan ianya berbaloi. Duit tambang LRT, bas tu kena kira jugak weh. (Ops, saya tak pakai kereta lagi, tol dan minyak tidak dikira..hehe).
Kadang-kadang ada juga event yang tidak berbayar berbaloi untuk kita hadiri seperti FAM Trip. Walaupun tidak berbayar tetapi segala kos untuk kita ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Seperti saya ke event Genting. Total kos kalau pergi sendiri more than RM200 but kalau pergi dengan jemputan mereka 0 sen. Walaupun mereka tak bayar kita namun treatment mereka itu berbaloi. Sebab itu saya jarang lepaskan jemputan dari pihak Genting. Sama juga seperti trip saya ke Surabaya tempoh hari
Ya, saya akui semua sekarang perlukan duit, namun ada kalanya pengalaman tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Oh!
Jom kita ikuti perbincangan hangat blogger mengenai hal ini di facebook. Blogger otai Broframestone ada menanyaan soalan ini di fb beliau,
Jadi apa pendapat anda pula? Anda pergi ke tidak kalau event yang tidak berbayar? Jom kongsi pendapat.
“Biar minda bercabang, jangan mulut yang bercabang” – Nor Fanil
AM: Sudah 5 tahun berblog, namun lepas tahun ke 2 baru dapat event yang berbayar. Bukannya cepat!
