Site icon AMIRNAWAWI

Boleh Ajar Aku Buat Blog ?

Namun sebenarnya, saya TIDAK TAHU MEMBUAT BLOG! Ini jujur! Saya tidak tahu membuat blog. Sudah 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini, Namun buat blog adalah bukan bidang saya. Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejatera hendaknya. Alhamdulillah banjir di Kuantan sudah surut dan kegiatan ekonomi di sini sudah kembali seperti sedia kala. Terima kasih kepada warga luar Kuantan yang sudi membantu kami di sini.

Baiklah pada entri kali ini saya ingin berkongsi satu RAHSIA. Memang semua rakan-rakan saya telah mengetahui saya, si amirnawawi ini sebagai seorang blogger. Namun sebenarnya ada satu rahsia yang saya sembunyikan daripada mereka sampai sekarang.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG. [/pullquote]

Ramai yang meminta saya untuk mengajar mereka buat blog. Katanya untuk mencari pendapatan sampingan. Namun sebenarnya jauh dilubuk hati saya, saya ingin mengajar mereka untuk sama-sama berblog. Lebih ramai lebih meriah kan? Sebab itu saya ingin mereka untuk turut sama ada blog. Secara tak langsung ada la juga peneman saya untuk pergi apa-apa event.

Namun sebenarnya, saya TIDAK TAHU MEMBUAT BLOG! Ini jujur! Saya tidak tahu membuat blog. Sudah 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini, Namun buat blog adalah bukan bidang saya. Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG. 

Masa awal-awal dulu sebelum blog ini ditubuhkan, saya meminta jasa baik pembekal hosting dan domain saya untuk setup segalanya. Dan tugas saya hanya menulis sehaja, dan hias-hias sikit apa yang patut. Itu sahaja kerja saya. Yang setup awal-awal dulu tu saya tak pasti dan tak tahu.

Dan bagi sesiapa yang teringin nak belajar buat blog dengan WordPress ini, saya cadangkan agar anda masuk Seminar WordPress Denaihati. Mungkin di sana anda akan diajar bagaimana untuk membuat blog. Kalau hendak belajar sesuatu, belajarlah dari orang yang betul agar ilmu yang kita dapat tu tak tersimpang jauh. Gitulah. Jemput la pergi seminar tu ya.

Tapi kalau sekadar blogspot tu insyaAllah saya boleh la sikit-sikit. Sebab awal dulu tu saya belajar godek-godek blogspot sebelum menggunakan wordpress ini. 🙂

AM: Harap semua yang minta aku ajar buat blog tu faham penjelasan ini. Aku bukan sombong tak nak ajar, tapi aku serius tak tahu sangat.

Exit mobile version