May 2, 2024
Lain-Lain

Boleh Ajar Aku Buat Blog ?

Namun sebenarnya, saya TIDAK TAHU MEMBUAT BLOG! Ini jujur! Saya tidak tahu membuat blog. Sudah 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini, Namun buat blog adalah bukan bidang saya. Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejatera hendaknya. Alhamdulillah banjir di Kuantan sudah surut dan kegiatan ekonomi di sini sudah kembali seperti sedia kala. Terima kasih kepada warga luar Kuantan yang sudi membantu kami di sini.

Baiklah pada entri kali ini saya ingin berkongsi satu RAHSIA. Memang semua rakan-rakan saya telah mengetahui saya, si amirnawawi ini sebagai seorang blogger. Namun sebenarnya ada satu rahsia yang saya sembunyikan daripada mereka sampai sekarang.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG. [/pullquote]

Ramai yang meminta saya untuk mengajar mereka buat blog. Katanya untuk mencari pendapatan sampingan. Namun sebenarnya jauh dilubuk hati saya, saya ingin mengajar mereka untuk sama-sama berblog. Lebih ramai lebih meriah kan? Sebab itu saya ingin mereka untuk turut sama ada blog. Secara tak langsung ada la juga peneman saya untuk pergi apa-apa event.

Namun sebenarnya, saya TIDAK TAHU MEMBUAT BLOG! Ini jujur! Saya tidak tahu membuat blog. Sudah 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini, Namun buat blog adalah bukan bidang saya. Saya PENULIS BLOG, bukan PEMBUAT BLOG. 

ajar buat blog

Masa awal-awal dulu sebelum blog ini ditubuhkan, saya meminta jasa baik pembekal hosting dan domain saya untuk setup segalanya. Dan tugas saya hanya menulis sehaja, dan hias-hias sikit apa yang patut. Itu sahaja kerja saya. Yang setup awal-awal dulu tu saya tak pasti dan tak tahu.

Dan bagi sesiapa yang teringin nak belajar buat blog dengan WordPress ini, saya cadangkan agar anda masuk Seminar WordPress Denaihati. Mungkin di sana anda akan diajar bagaimana untuk membuat blog. Kalau hendak belajar sesuatu, belajarlah dari orang yang betul agar ilmu yang kita dapat tu tak tersimpang jauh. Gitulah. Jemput la pergi seminar tu ya.

Tapi kalau sekadar blogspot tu insyaAllah saya boleh la sikit-sikit. Sebab awal dulu tu saya belajar godek-godek blogspot sebelum menggunakan wordpress ini. 🙂

AM: Harap semua yang minta aku ajar buat blog tu faham penjelasan ini. Aku bukan sombong tak nak ajar, tapi aku serius tak tahu sangat.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

25 thoughts on “Boleh Ajar Aku Buat Blog ?

  • ohh..kiranya simple basic nak install wordpress guna fantastico tu pun ko tak berapa tahu la?

    Reply
      • Jadi, kalau ko serius nak buat duit dengan blog.

        Better belajar.

        Hoho. Kalau serius la.

        Reply
  • Betul tu.. Saya setuju dengan Tuan.. Sebagai seorang blogger kita hanya pandai menulis, tetapi kita tidak mempunyai kepakaran untuk membuat blog seperti tuan Eizil dari akademi Denaihati tu…

    Reply
  • Pendapat aku plak, bila dah ada blog dan hosting sendiri, kena tau serba sedikit pasal belakang tabir. Contohnya skrip wordpress, cpanel dan sebagainya. Tak perlu pro sangat. CUkup skadar untuk faham cara dan godek-godek mana yang patut. Sebabnya, bila kena blog bermasalah kena hack, baru time tu kita akan kena erti gelabah puyuh tu macam mana. hehehe….

    Salam perkenalan bro… saya pun budak baru belajar juger….

    Reply
    • Tu la tuan.. Saya sedang berusaha belajar sedikit demi sedikit.. Dah 4 tahun nih.. Apa pun tak tahu susah jugak. 🙂

      Reply
  • Bro ni jenis yang fokus dengan penulisan blog…tapi untuk basic perlu tahu juga.

    Reply
    • ha’ah, yang bsic pun perlu tahu gak, tapi biasanya kalau ada masalah, saya rujuk pembekal hosting 🙂

      Reply
  • Saya mula buka blog pada tahun 2008 mengunakan Word Press dan hosting berbayar. Modal belajar Word Press dengan membeli ebook berharga RM50. Pada masa itu tidak ada kelas belajar Word Press macam sekarang.

    Reply
    • oh! Saya belajar sikit-sikit dari pembacaan di blog otai-otai jer. Masih belum berkesempatan nak masuk kelas

      Reply
  • Usulan yang sangat bagus untuk mengikuti kursus khusus blogging, biar kita tahu lebih banyak dalam dalam sehingga kedepannya bisa memudahkan kita dalam berblogging
    Nice share dan salam sukses 🙂

    Reply
    • Kakak di Indonesia belajar sendiri atau masuk kelas ya? Atau belajar sendiri aja?

      Reply
  • Memang betul tu. Setuju sangat nak buaty blog bukannya senang tapi kalau nak daftarkan blog samada di wordpress atau blogspot ramai juga yang boleh

    Reply
  • kat cpanel ada video tutorial..boleh bantu..lau pening sangat, minta hosting je buat kan. hehehe

    Reply
  • pass la kat sini..blh aku buat personal coaching 😀

    Reply
    • Demo mahal kot, kawe xdop pitis banyok2.. huhuhu.. Beginner lagi nih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *