Pujuk Rayu yang Menggoda Jiwa Dari P1 Wimax
Pandai pihak mereka bermain kata, sehinggakan aku hampir tergoda. Namun bila difikirkan kembali ada juga betulnya. Mungkin peluang kedua perlu diberikan seadaanya. Jika ada tawaran yang lebih menarik, tak salah untuk aku menerimanya.
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semgoa semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Apapun cuti sekolah tinggal 2 minggu sahaja lagi. Manfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaiknya bersama keluarga.
Baiklah hari ini saya ingin berceritakan mengenai P1 Wimax. Sekarang ini heboh di media sosial tentang masalah dengan P1 Wimax. Ada  cakap perkhidmatan dah dipotong tapi masih kena bayar la, itu la ini la dan banyak lagi masalah. Sampai ada booth P1 Wimax yang kena serang.
Apapun syukur saya tidak mengalaminya. Pernah juga 2 tahun lepas saya menggunakan perkhidmatan P1 Wimax ini, namun akibat kekurangan liputan di kawasan saya, saya batalkan sahaja penggunaannya. Dan kalau batalkan dalam masa seminggu, saya dapat balik duit pendahuluan saya RM100. Dan selesai di situ sahaja 🙂
Namun sekarang pihak P1 Wimax kembali menghantar email kepada saya menuntut saya untuk bersamanya kembali. Katanya ia telah menjadi kuat dan tidak seperti dulunya yang agak perlahan. Oh! Dua email yang dihantar cukup meruntun jiwa.
Pandai pihak mereka bermain kata, sehinggakan aku hampir tergoda. Namun bila difikirkan kembali ada juga betulnya. Mungkin peluang kedua perlu diberikan seadaanya. Jika ada tawaran yang lebih menarik, tak salah untuk aku menerimanya.
Apa pendapat kalian? Dah macam surat dari ex-kekasih hantar nak rujuk kembali jer kan? hehe
Apapun mungkin kes yan berlaku itu hanyalah kes terpencil sahaja. Syarikat mana yang tidak mengalami masalah kan. Perangai pelanggan bukannya sama. Lain pelanggan, lain pula cara layanannya. Semoga pihak customer service mereka berjaya mennyelesaikan masalah yang timbul ini. 🙂
AM: Ingin mencuba P1 Wimax. Ada nak sponser? Gituwww
haha..diorang sponsor, baru aku try.
setakat ni, better streamyx walaupun kekadang memang sakit jiwa gak dibuatnya.
Yang penting, unlimited.
Setuju sangat. Kouta cepat sangat habis. Serik doh.
tak nak la.. baru keluar berita customer kat selayang mengamuk sebab P1 menipu.. minta dijauhkan.. huhu..
Alaaa cuba la sekali..hehehe
P1?sebulan aku pakai je, sudah rasa nak tukar..aku tahan juga..skang ni aku pakai streamyx..P1 memang tak dapat nak supply nafsu dan kemahuan aku..kalau rayu bagai tu..lupakan je la..aku rela bayar denda RM200 tu sebab nak cerai ngan P1
Oh! Dah ada pengalaman la nih.. Tpe la. Sekurangnya kita pernah tahu servis mereka macam mana kan..
aku rasa p1 wimax ni dah desperate agknya sampai buat mcam tu.
mungkin la kot. Sebab hantar email bagai nih, padahal dah 2 tahun putus..
P1 Wimax ni dapat guna di kawasan tertentu je kan. Bukan menyeluruh di semua kawasan macam streamyx. Setakat ini aku setia dengan streamyx.
Streamyx pun ada sesetengah tempat jer kan. Tempat saya xde stremyx tuh
memang takkan guna P1 nih. reputasi terlalu buruk sangat dah.
Oh, pernah guna ker?