Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Apa khabar anda? Semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluargea tercinta hendaknya. Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda gambar buah exotik. Mungkin la kot kerana pada pengetahuan saya buah ini hanya dijumpai di hutan.
Tapi sekarang buah-buahan hutan sudah mula ditanam secara komersil. Tak mustahil buah ini sudah dikomersilkan. Sudah banyak minuman dipasaran menggunakan buah ini dalam produk mereka. Dan buah ini ialah buah Markisa! Kami di Kelantan memanggilnya buah susu.
Kenapa saya katakan ianya kenangan zaman kanak-kanak saya? Sebabnya dulu pokok buah ini tumbuh meliar di kawasan padang rumah nenek saya. Kalau balik ke kampung, memang saya akan pergi menerpa buah ini. Antara buah kegemaran saya juga la dulu. Nak cari epal dulu mana selalu jumpa. Buah ini memang memberi kenangan indah zaman kanak-kanak.
ianya mempunyai serat yang tinggi dan kalori yang rendah
Namun pabila zaman berubah, pokok buah ini tidak lagi saya jumpai. Hari ini saya cukup bertuah kerana rakan sebilik saya membawanya pulang dari perkampungan Felda berdekatan. Memang saya teruja. Sudah berpuluh tahun tidak jumpa buah ini secara langsung. Hanya makan perisanya sahaja dalam produk tenusu dipasaran.
Khasiat buah ini cukup tinggi. Melalui bacaan saya, ianya mempunyai serat yang tinggi dan kalori yang rendah dan semamngnya sesuai untuk orang yang tengah diet. Rasanya yang agak masam mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang. Namun saya amat menyukainya. memori dulu-dulu la katakan. 🙂
AM: Teringin nak tanam sendiri pokok nih. Kena cari benih ni. 🙂