Site icon AMIRNAWAWI

Rymba Haven Pilihan Warga Nilai

Assalamualaikum dan alam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat berbuka yang menarik di Nilai Negeri Sembilan iaitu Rymba Haven.

Untuk makluman semua, Rymba Haven ini merupakan salah satu tempat yang menyediakan fasiliti lengkap unutk sesuatu majlis. Antara majlis yang sesuai diadakan di sini ialah majlis perkahwinan dan sebagainya. Pemandangannya juga cukup cantik dengan berlatarbelakangkan bukit yang menghijau. Saya tidak pasti pula apa nama bukit tersebut. Yang penting cantik dan lawa!

Lengkap dengan sengala fasiliti, menjadikan tempat ini sesuai untuk anda sekeluarga. Tak perlu risau akan parking kerana ruangan yang cukup banyak untuk anda. Surau juga amatlah besar dan selesa. Jadi tidak usah khawatir kalau anda nak berbuka di sini. Pastinya akan menjadi satu kenangan indan untuk anda dan keluarga.

Jom kita saksikan sedikit sebanyak menu yang dihidangkan di sini.

 

Selain itu juga, disediakan juga makanan selain daripada makanan ruji kita. Antaranya ialah

Jadi banyak pilihan unutk makanan yang boleh anda nikmati. Itu belum lagi pencuci mulut dan juga minuman. Pasti menambahkan lagi selera anda untuk berbuka puasa di sini. Mana tidaknya semua juadah yang disediakan enak-enak belaka. Saya sendiri pun begitu teruja untuk menikmati makanan ini.

Amacam? Tergoda dan terkesima? Mana tidaknya kalau pelbagai seleksi yang disediakan untuk anda nikmati. Harga pun tidaklah terlampau mahal seperti hotel-hotel konversional biasa. Namun berbaloi untuk dinikmati dengan harga sebegini.

Untuk makluman semua juga, juadah yang disediakan tidaklah sama kerana menunya bertukar tiap tiap hari. pastinya keaslian masakan Negeri Sembilan yang disediakan akan mengamit kita untuk lebih menikmati. Sedap wa tak tipu..

Berikut merupakan harga bagi bufet di Rymba Haven ini:

Harga Buffet Ramadhan Rymba Haven:
Weekdays: RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Weekend: RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)
Paha hujung minggu harga sedikit mahal dari hari biasa kerana pada hujung minggu disediakan hidangan kambing golek untuk pengunjung. Wah! Sedap juga tu menikmati masakan yang disediakan sambil makan kambing golek. Perghh! Kecur airliur den ni hah.
Sambil makan tu bolehlah menikmati juga persembahan yang turut diadakan sepanjang waktu berbuka tu. Ada kumpulan nyanyian yang membuat persembahan irama tradisional.
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi salah satu medium di bawah :
Rymba Haven,
Jalan Nilai Perdana 14,
Taman Nilai Perdana,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Phone: +606 799 1314
Mobile: +6012 393 6442
Email: rymbahaven@gmail.com
Facebook : Rymba Haven
Instagram : @rymbahaven
Jadi jom ramai-ramai kita ke Rymba haven semperna bulan Ramadan ini.
Exit mobile version