Site icon AMIRNAWAWI

Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya igni kongsikan dengan anda semua cara bawa masuk kereta ke Thailand.

Jika sebelum ini saya telah kongsikan pelbagai cara untuk masuk ke negara Siam ini. Saya telah kongsikan cara masuk ke Thailand menggunakan:

  1. Kereta Api
  2. Bas
  3. Kapal Persiaran (Cruise)
  4. Kapal Terbang 

Namun kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk ke negara Thailand ini dengan kenderaan sendiri pula.

Langkah-langkah

Baiklah, berikut adalah cara-cara untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke negara Thailand ini.

1. Seperti biasa, apabila melepasi sempadan negara, turun dan cop pasport dahulu di imigresen negara kita.

2. Setelah itu, mula masuk ke sempadan negara Thailand. Di imigresen sebelah sana, semua wajib turun untuk isi borang ketibaan (Arrival Form) dan cop pasport atau pun pas sempadan (border pass). Berkenaan pas sempadan ini akan saya ceritakan di lain entri.

3. Setelah itu, pemilik kereta hendaklah pergi ke kaunter insuran kenderaan untuk memasuki negara Thailand. Ini adalah procedur biasa untuk memasuki negara Gajah Putih ini.

4. Di kaunter ini, pastikan anda mempunyai:
– Pasport yang telah dicop
– Geran kereta yang asli
– Surat kebenaran pemilik (Jika anda bukan pemilik kenderaan tersebut)

5 .Tanpa sebarang masalah, anda akan dibekalkan dengan surat insurans kenderaan dan resit kebenaran membawa kenderaan. Bagi yang tertanya-tanya mengenai insurans kenderaan itu, terdapat beberapa pakej ataupun harga untuk anda pilih. Ikut pilihan anda yang ingin masuk ulang-alik ke negara ini berapa kali.

Harga pula pastinya mestilah berbeza. Anda boleh ambil yang sebulan, 3 bulan ataupun setahun. Yang pasti ianya berbeza mengikut pilihan anda. Jika anda kerap keluar masuk Thailand, ambil sahaja setahun. Katanya kos untuk setahun ini kurang dari RM100.

6. Ingat lagi resit kebenaran tadi? Di luar terdapat satu kaunter yang lain. Tandatangan resit dan serahkan resit kepada pegawai yang bertugas. Pegawai tersebut akan mengambil helaian pertama dari resit tadi. Sila simpan helaian yang lain dalam simpanan anda. JANGAN HILANGKAN!

7. Selesai. Bolehlah anda meronda dalam negara Thailand dengan jayanya. Namun pastikan anda berhemah di negara orang ya.

8. Apabila keluar, seperti biasa, cop pasport dan kasi balik salinan kedua resit kebenaran tadi kepada pegawai bertugas. Jika tidak, anda akan didenda untuk kemasukkan yang seterusnya. Denda berapa banyak? Banyak juga! Baik beli lauk masak kat rumah dengan duit denda itu.

Selamat bercuti di negara orang. Namun yang paling utama, jaga adab dan sopan di negara orang ya. See you again in next entry.

Exit mobile version