Site icon AMIRNAWAWI

(Cerpen) Kerana Sepasang Stokin

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua!! Sudah lama aku tidak menulis diruangan blog aku nih.. Rindu pulak rasanya.. Alhamdulillah raya nih aku ada kt umah unntuk menyambut raya bersama keluarga tersayang di kampung. Walaupom lama gak universiti bercuti, namun aku tidak beberapa gemar just stay at home nih.. Aku pergi bekerja la. Alang-alang berada kat umah nih, byk la plak cerita yang ibu aku kongsi. Aku memang tak suka sangat nak ambik tau hal2 nih.. But if the news relate  to my siblings, seriously aku akan terus pasang telinga nak dengar.. Mak ak cakap yang dia kerna pergi kt balai aritu pasal adik aku.. Damn!! Apa kes plak nih.. Xpernah lak my sibling masuk lokap nih..ha3..

Bermula sebuah kisah:

Aku masih ada 2 adik beradik. Satu pompuan and satu laki2.. Dan memang sudah diakui yang nak membesarkan anak2 di zaman sekarang ni memang penuh cabaran dan dugaannya. yang budak bandar, masalah cara bandarnya. bagi budak kampung plak lain masalah yang diorang lakukan. Pening seyhh!!.. Tapi bagi aku, Aku kan pastikan yang diorang nih pentingkan pelajaran more than everything. Kalau nak apape aku akan pastikan they will get it, tu pom kalau relate ngan pelajaran la..

Pada suatu hari,(wah,dah maca story telling lak..he3).. Dah macam biasa la, pepagi mak aku akan bangun first luh untuk siapkan adik2 aku 2 orang nih pi sekolah.  Almaklumlah kat umah aku nih memang depa je yang ada pom..he3.  Adik pompuan aku nih sekolah rendah lagi dan yang abang plak kt sekolah menengah.. Nak dijadikan cerita, pagi tu terbangkit la lewat sket dari tidur. So, 2 orang ni pom bangun lewat gak la. Lepas solat and everything bagai, mak aku pom settlekan la yang adik pompuan aku nih.Yang dah besar tuh, I mean yang laki tuh dia kena la siapkan diri dia sendiri.. Almaklumlah dah besar. Budak pompuan nih memang leceh kot. Everything kena mak yang buatkan. Pakai bedak la, itu la, ini la.. Yang laki nih biasa la kan,mesti nak buat sendiri ape pom. Eksyen la katakan. Mana la macho lau mak nak siapkan diorang kan..ha3

Lepas siap handle yang adik pompuan aku nih, parent aku pom pi la hantar kat sekolah dia.. Usually kalau aku ada kt umah memang tugas rasmi aku la hantar menghantar budak2 sekolah nih..he3. Back to story, yang laki ni masiih ada kt umah. Dia memang xpergi nga parent aku.. Pergi nga sepupu sepapat aku.. Budak remaja sekrang ni xsuka dah mak bapak yang hantar korang pergi sekolah kan? ha3.. Dalam kalut2 nak siapkan diri tuh, adik laki aku nih xjumpa la plak stokin dia nih.. Biasannya memang mak aku sedikan semuanya, tapi not for that day. Biasanya pakaian dia mak aku letak kat satu tempat jer. then dia terus pakai. Lebih2 lagi hari tu hari Ahad. The first day school. memang kalut habis la. Dia nak tanya mak aku pom mak aku dah gerak p sekolah adik aku. Terpaksalah dia ke sekolah TANPA STOKIN..

Hanya hiasan semata-mata =P

Kat sekolah plak, biasalah kalau hari Ahad tuh, mesti perhimpunan di pagi hari kan.. Lepas habis perhimpunan tuh ada la spotcheck bagai.. Adik aku nih dah tau yang dia xpakai stokin ni pi la sembunyi kat luar pagar sekolah tuh. Memang nasib dia kurang baik la pagi tuh, Polis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah ada buat spotcheck.. Terkantoi sudah adik aku kat luar pagar tuh. Tapi bukan dia sorang jerk..Ramai gak la. Diangkutnya diorang ke balai polis Machang.

At home plak. satu panggilan menerjah je rumah aku. Ingatkan panggilan hanggit tapi bukan. Rupannya panggilan manja daripada polis bertanyakaan tentang adik aku. Terperanjat la ibu aku bila polis cakap macam tuh. Tanya pasal ada ke anak dia yang bernama ….bin Mohd Nawawi. Mak aku mengiakan jelah. Dah memang anak dia kan..he3.. Memandangkan abah aku sedikit sibuk di bengkel, terpaksalah dia pergi sendiri kt balai tuh..

Sesampainya kt balai, alangkah terkejutnya ibu aku, ingatkan adik aku jer yang ada, rupenyer beratus2 lagik..ha3.. oo, aritu memang polis wat rondaan kat seluruh Machang…Seluruh sekolah dikumpulkan kat balai tuh. Mak aku kata, siap ade jamuan lagik tuh.. Memang dah dirancang la program nih..he3.. Lepas kena lecture free, baliklah ibu dan adikku ke rumah.. Ha3.. Ketawa terbahak2 parent aku dengar cerita adik aku. Padan muka! itulah mengharap sangat kat mak aku jer yang prepare pakaian untuk diri sendiri. Dah besar tu pandai2 la cari sendiri..

Lepas kejadian tuh, mak aku terus masukkan adik aku nih ke asrama. Biar berdikari sikit. Jangan nak mengharapkan orang jer. Benda remeh pom xpandai settle sendiri. Aku bukan nak poyo la, but aku sejak kecik lagi dah masuk asrama dah. Kalau setakat nak siapkan diri tuh memang dah power dah. Since form 1 aku kt MRSM, memang byk gak la aku belajar. Memang susah pada mulanya tapi akan mudah bila kita dah biasa.. Kalau aku kena lempar kat hutan or pantai pom still boleh survive la..he3..

Mak aku selalu pesan kat adik beradik aku supaya pandai jaga diri snediri. Jangan terlalu mengharapkan orang. Dia ajar semua anak dia xkira laki or pompuan untuk masak or another living skills. Katanya, bila dia xde anaknya xler merempat or mengharapkan orang lain..ha3.. Syukur aku sekrang pom kalau setakat masak benda2 simple nih dah pandai la.. Lau nak masak bubur kat bakal isteri pom dah boleh dah..he3

Kerana Sepasang Stokin…. adikku terpaksa ke balai dan ibuku resah gelisah..he3

AM: Rayaku masih belum habis.. Sekrang tengah wat nasi himpit ngan satey untuk hari esok…wee

Exit mobile version