Site icon AMIRNAWAWI

Elvara Malaysia, Homestay Selesa di Empire Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai homestay di Empire Damansara iaitu homestay Elvara Malaysia.

Semua sedia maklum bahasanya sekarang agak rumit untuk mencari rumah penginapan ditengah bandar selain hotel. Namun kali ini saya telah bertemu dengan  homestay di tengah kawasan yang agak mewah dengan harga yang memang murah!

Homestay yang saya maksudkan adalah Homestay Elvara di Empire Damansara

 

Mengenai Elvara

Untuk makluman semua, Elvara mempunyai beberapa unit penginapan di Empire Damansara. Unit penginapan ini boleh ditempah mengikut keinginan anda. Ini kerana terdapat 2 unit penginapan yang boleh anda pilih iaitu:

  1. Unit Studio
  2. Unit Duplex

Untuk unit studio, keluasannya adalah lebih kurang 370 kaki persegi yang mampu memuatkan sehingga 3 pax manakala untuk unit duplex pula ianya berukuran 650 hingga 760 kaki persegi. Unit duplex ini mampu memuatkan sehingga 5 pax untuk satu-satu masa. Namun jika anda dalam bilangan yang ramai, boleh sahaja memaksimumkan penggunaan ruang di unit duplex ini dengan membawa alas tidur sendiri.

Ruangan yang luas juga sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Siap boleh borak reramai dan juga bersembahyang jemaah!

Ruangan yang luas!

Pada tempoh hari juga saya telah berpeluang untuk mencuba unit duplex Elvara ini. Mana tidaknya, masuk sahaja ke Empire Damansara di mana terletaknya Elvara ini, saya cukup terpegun dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan di sini.

ini kerana tempat ini dikawal rapi dengan dibekalkan kad akses untuk masuk. Tanpa kad ini agak sukar untuk anda keluar masuk dari unit Elvara ini. Ini menjadikan unit Elvara cukup selamat untuk didiami.

Bila melangkah masuk sahaja ke unit duplex, saya merasa cukup terpegun dengan ciri-ciri yang terdapat dalam unit ini. Terdapat 2 ruangan dalam unit ini iaitu ruangan bawah dan ruangan atas yang dijadikan ruangan tidur. Ruangan tidurnya telah disiapkan dengan 2 katil queen. Katil yang mampu memuatkan sehingga 4 orang dewasa.

Tangga yang menghubungkan tingkat atas
2 katil queen di tingkat atas

Ruangan bawah pula cukup besar dengan segala kelengkapan yang ada. Memang saya yakin cukup untuk ramai orang. Satu keluarga itu lebih dari cukup.

Besar bukan ruangan di bawah ini?

Kemudahan yang terdapat di Elvara juga serba serbi lengkap seolah umpama menetap di rumah mewah 5 bintang kepunyaan sendiri. Selain dari ruang yang luas, ianya juga lengkap dengan sofa, pendingin hawa, televisyen, internet berkelajuan tinggi dan bermacam lagi.

Perabot yang minimalis

Dalam unit ini juga terdapat ruangan dapur. Namun tidak boleh digunakan untuk memasak jika anda menginap kurang dari 5 hari. Ini kerana sukar bagi pihak mereka untuk menghilangkan bau untuk keselesaan penginap yang lain seterusnya. Namun di dapur ini terdapat peti ais, cerek elektrik, pinggang mangkuk dan pelbagai lagi peralatan yang boleh anda gunakan.

Sebahagian ruangan dapur

Untuk kemudahan tandas pula, terdapat 2 tandas dalam unit ini iaitu di aras bawah dan juga aras atas. Jadi tidak perlu berebut kerana boleh digunakan secara optimum.

Kawasan Sekitar

Apa yang menariknya lagi, kawasan Elvara Malaysia ini sememangnya cukup strategik. Kalau berbicara tentang Empire Damansara, kalian pasti akan tahu lokasinya di mana. Jadi pastinya keberadaan Elvara di sini pasti memudahkan akses anda ke beberapa tempat yang menarik.

1.  Hanya 3 minit pemanduan ke Empire City, Mutiara Damansara, dan Metropolitan Square dan pelbagai lagi tempat menarik lain seperti Ikea, Tesco, Ecurve dan sebagainya.
2. 5 minit pemanduan ke One Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Taman Sains Selangor, Damansara Intan, Damansara Utama.
3. 10 – 15 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Subang, Mont Kiara, Sri Hartamas, Ara Damansara.
4. 17 minit pemanduan ke Sunway Pyramid, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya.
5. 20 minit pemanduan ke KLCC, Bukit Bintang, Pavilion, Mid Valley.

Cukup mudah bukan? Tidak hanya dengan itu, untuk anda yang menginap di Elvara Malaysia, kalau perut berkeroncong, jangan bimbang. turun sahaja ke bawah dan anda akan mendapati pelabagai restoran dan rangkaian kedai serbaneka untuk anda.

Antara kedai dan restoran yang terdapat di bawah adalah Starbucks,  Lobbee Thai Food, Boat Noodles, Haraju-Cube, Texas Chicken, Kedai mamak, 7 Eleven, retoran makanan Korea dan Jepun dan pelbagai lagi. Selain itu juga, terdapat juga perkhidmatan mesin ATM buat anda yang memerlukan pengeluaran duit.

Boleh dikatakan di sini segalanya ada.

Harga

Apa yang menariknya, harga yang ditawarkan untuk penginpan di Elvara Malaysia ini cukup berbaloi. Memang lebih murah daripada menginap di hotel. Berikut merupakan harga unit di Elvara ini:

STUDIO 3 pax
RM120 ( Ahad – Khamis )
RM150 ( Jumaat & Sabtu )
DUPLEX 5 pax
RM150 ( Ahad – Khamis )
RM180 (Jumaat & Sabtu )

Untuk maklumat lanjut mengenai Elvara Malaysia bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Alamat :
Elvara Malaysia
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor
 
Telefon :
0194569155 / 1212
Web:

www.elvara.my/

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<
Exit mobile version