Site icon AMIRNAWAWI

Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic Kota Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua pengalaman saya buat scalling dan polish gigi tempoh hari.

Untuk makluman semua, pada awal minggu yang lalu, saya bersama kawan blogger Mawardi Yunus telah pergi ke sebuah klinik gigi di Dataran Sunway Kota Damansara untuk melakukan scaling gigi. Sebenarnya sudah beberapa minggu Mawardi mengajak untuk pergi scaling gigi. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi buat procedure ini di sini.

Sebenarnya sebelum pergi memang saya ada buat sedikit sebanyak tentang scaling gigi ini. Mana tidaknya, saya ni gerun sikit kalau bertemu doktor gigi ini. Memang sejak kecil lagi kita dimomokkan dengan pengalaman tidak manis dengan doktor gigi.

Siapa kat sini pernah melaui zaman yang jururawat datang dalam kelas bawa kad kuning? Saya yakin sesiapa yang belajar di Malaysia pernah mengalaminya, tambah pula yang lahir tahun 90-an.

Oleh sebab pengalaman dari zaman sekolah rendah itulah saya tidak pernah berjumpa doktor gigi!

Ya, ini adalah perjumpaan doktor gigi pertama selepas 15 tahun! Bayangkan betapa lamanya. Sebab bagi kita orang Melayu ini, tiada keperluan untuk kita bertemu doktor gigi jika tiada apa apa yang berlaku. Tapi sebenarnya salah ya kawan-kawan semua.

Kita hendaklah membiasa diri untuk membuat pemeriksaan secara rutin sebanyak 2 kali setahun. Bagi yang memang susah sangat dan terlampau sibuk juga hendaklah datang bertemu doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini bagi memastikan segala permasalahn gigi dapat dicegah dan dikawal.

Ok, berbalik kepada klinik gigi yang saya kunjungi ini, klinik ini terletak di Dataran Sunway Kota damansara. Klinik ini diberi nama Dentessence Dental Clinic.

Doktor yang melayani saya ialah Dr Ahbirami. Seorang doktor yang memang baik dan caring sangat. Suka dengan cara Dr Ahbirami. Jadi tak rasa janggal ataupun awkward la. lagipun, Dr Ahbirami sudah 9 tahun berkecimpung dalam bidang ini.

Dr Ahbirami dan staf di kliniknya.

Mula-mula masuk dalam klinik ini pun dah rasa suasana yang lain. Tak macam tipikal klinik yang biasa saya kunjungi. Oleh sebab itu kot saya rasa lebih selesa. Kalau tak mahunya menggigil saya kat dalam klinik ini.

Sebelum bercakap lebih lanjut, ayuh kita jawab persoalan asas yang biasa kita dengar tentang proses ini.

Apa itu scaling gigi?

Scaling ada proses pembuangan plak ataupun karang pada gigi.

Sakit tak scaling gigi?

Serius! Tak sakit langsung. allahu, kalau saya tahu awal-awal memang setipa tahun saya buat. Saya yang penakut inipun tak rasa apape. Memang saya cakap tak sakit langsung!

Mahal ke scaling gigi?

Harga tak mahal pun. Apalah sangat melabur duit sikit untuk kesihatan kan?

Lama ke buat procedure ini?

Ini bergantung kepada tahap keseriusan gigi anda. Kata Dr, kebiasaannya 45 minit sahaja. Tapi saya hanya 20 minit. huhu

Ok berbalik kepada pengalaman saya tadi. Lepas masuk bilik, kami dah saling berpandangan, tengok kerusi yang digunakan untuk scaling. memang menambahkan resah di dada.

Tetapi apabila tiba masanya, Dr Ahbirami pun datang dan mempersilakan Mawardi untuk naik dahulu ke atas kerusi. Yeah! Nasib baik saya bukan yang pertama.

Selesai sahaja turn Mawardi, sekarang sesi saya pula. Ketar lutut weh! Tapi rupanya takde apapun. Tak rasa apa. Jadi tak perlu khuatir tentang itu. Hanya bunyi mesin kecil dan air sahaja. Nothing more!

Dr mempersilakan saya untuk naik ke atas kerusi
Dr menerangkan mengenai kondisi gigi saya dan sedikit tips dan nasihat diberikan.
Nampak sopan macam tengah sembahyang bukan? tapi ketahuilah yang hati tengah berdebar tu.
Prosess diteruskan. Cermin mata hitam tu bukan saya punya ya. Itu untuk mengelakkan mata saya silau dari pancaran lampu.

Selepas selesai sesi scaling, Dr Ahbirami meneruskan dengan sesi polishing. Polishing ini untuk memastikan agar gigi kita berkilat. Shine bright like a diamond gitu la. Sesi saya selesai dalam masa 20 minit sahaja.

Selepas selesai semua procedure, saya merasa sendiri gigi saya dengan lidah dan terasa lain. Gigi depan sudah tidak seperti dulu. Karat yang dahulunya ada sekarang dah hilang. Suka betul saya.

Jadi buat anda yang ingin lakukan scaling dan polishing bolehlah berkunjung ke klinik seperti alamat di bawah

DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Telefon : 03-6140 7567
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat [9.00 pagi – 6.00 petang]
Sabtu [9.00 pagi – 4.00 petang]
Buat anda yang berkunjung ke sini, tunjuk sahaja entri blog saya ini dan dapatkan 10% diskaun atas bil anda.
Exit mobile version