Site icon AMIRNAWAWI

Harga Tiket Cable Car Baru Genting Highlands

Harga Tiket Cable Car Baru Genting Highlands.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca blog saya ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan maklumat mengenai kereta kabel ataupun cable car yang terbaru di Genting Highlands dikenali sebagai Awana Skyway.

Semua sedia maklum, bermula hujung tahun 2016, Pihak Genting Highlands telah memulakan operasi kereta kabel terbaru mereka. Ini menambahkan lagi keterujaan para pengunjung untuk mengunjungi pusat peranginan tempat sejuk ini. Untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung, kereta kabel terbaru ini disertai dengan beberapa element baru yang lebih menarik.

Baiklah, berikut merupakan fakta mengenai Awana Skyway ini.

Dengan menaiki Awana Skyway ini, para penumpang dapat menikmati keindahan hutan hujan semulajadi yang terdapat di Genting Highland ini. Memang menarik untuk anda terokai, boleh baca pengalaman saya sebelum ini yang tiada tandingannya. Selain itu, ianya juga melalui Theme Park Hotel, Resort Hotel & Chin Swee Temple.

Terdapat 2 jenis gondola yang disediakan Awana Skyway ini iaitu gondola biasa dan juga gondola berlantaikan kaca. Jadi semuanya transparent dan anda dapat menikmati pemandangan di bawah kaki anda. Berikut harga mengikut jenis gondola yang disediakan.

 

TICKET TYPE ONE-WAY (RM)
 Gondola Biasa
NORMAL 8
EXPRESS BOARDING PASS 40
CHARTERED GONDOLA 300
 Gondola Belantaikan Kaca
NORMAL 50
CHARTERED GONDOLA 500

Awana Skyway ini beroperasi dari 7 pagi hingga 12 malam dan ianya mempunyai 3 stesen iaitu:

1. Awana Station (Lower Station)

2. Chin Swee Station (Middle Station)

3. Sky Avenue Station (Upper Station)

Jadi bolehlah anda turun di mana-mana stesen dan naik juga di stesen yang sama untuk ke stesen yang lain.

AM: Menarik juga setelah mencuba cable car yang baru ini.

Exit mobile version