Site icon AMIRNAWAWI

Hujan Oh Hujan…..

Sejak dari pagi lagi hujan turun dengan lebatnya kat Gambang ni. Sang Suria masih tidak menjegah ufuk langit pada hari ini. Waduh bersastera benar ayat aku tu.. he3.. Namun tu la aku nk cakap yang hujan turun xhenti2 kat tempat aku ni. sejuk seyhh.. Tido pom sodap jugak ni.

Hujan oh Hujan..

Aku bangun tido tadi pkul 9.30 pagi terasa cam pukul 7 pagi je sejuknya.( aku tido lepas subuh k..). terasa malas je nak bangunnya. Hujan2 ni best gak dok dalam selimut je. Kalau yang dah kawin tu blh la peluk2 isteri untuk kasi panas sket…keh3.. merapu je lelebih aku ni.. Lepas xboleh la plak aku nak jemur baju hari ni. nasib baik blh jemur kat dalam rumah. Dapat gak kering baju aku tu. Lepas sembahyang Jumaat aku kena la pi Makmal. Ade kelas la katakan. Tak boleh nak ponteng la plak. Kalau ponteng tu alamatnya kosong la markah aku untuk minggu ni.

Tapi yang xleh tahan tu mase aku balik rumah semula tu. Aku tengok la ruang tamu rumah aku ni basah semacam je. Aku wat donno jelah. Slumber badak je masuk bilik aku. Korang tahu xbertapa terkejutnnya aku tgok bilik aku. Air melimpah disegenap ruang. Dah jadi banjir la plak. Tapi dalam bilik aku jelah. Atap rumah aku tiris kot. Selama ni xla sekronik hari ni. Habis barang aku yang aku letak kat lantai basah. Kertas2 aku semua basah kuyup. Mulalah aku cepat2 cari penyapu nak sapu air tu. Kiranya xnak kasi air makin masuk la. Aku alihkanlah ape brang2 yang patut..

Tapi korang tahu la kan, selagi hujan xberhenti, selagi tu la air akan mencurah2 masuk ke bilik aku. Aku dah letih dah dok sapu air tu, then aku biar je air tu masuk. Kalau hujan berhenti tu, berhenti la jugak air tu nanti. Dan untuk pengetahuan korang, time aku dok menaip entry ni, air masih ade kat kaki aku ni tau. Terasa macam dok tepi kolam renang la plak. Padahal air hujan masuk bilik je pom. Tu la. nak buat camna lagi, dh tu lumrah alam. Hujan yang turun akan berhenti, hari yang panas akan sejuk. Dan begitulah seterusnya. Dan ape yang paling penting ialah kesabaran. Erm, aku nak report kat sape ek untuk kasi tahu bilik aku bocor ni? Kat warden kot, atau felo ke. Tak pom kasi tahu je pembantu asrama tu..he3.

Tapi baliknya aku dari kelas dan bila buka internet, aku dapati yang jepun sekarang dilanda gempa bumi. Dan dikhuatiri tsunami akan melanda perairan Malaysia. erm esok aku ade aktiviti la plak kat pantai Balok kt Kuantan ni..Erm, kita tgk jelah keadaan macamana. Mintak2 semuanya selamat..

AM: macamana plak ngan tempat korang? Hujan ke? Panas ke? Musim bunga ke? Tak pom mesti sekrang ni salji turun kt luar rumah korang kan. bestla xpayah beli ais lagi..hu3.. Semoga berjumpa lagi…

Pecah kaca, beli simen,
Sudah baca, harap komen.
Exit mobile version