Site icon AMIRNAWAWI

Incheon Chikin – Makanan Korea Terbaik di Kelantan

Incheon Chikin ] Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai restoran yang meyajikan makanan Korea yang sedap di Kelantan iaitu Restoran Incheon Chikin.

Kalau bercakap mengenai makanan Korea, apa yang terlintas difikiran anda? Kalau bagi saya, ayam goreng dan tteokbokki semestinya yang akan muncul. Mana tidaknya, asyik disajikan di dalam drama Korea dan juga rancangan candawara mereka. Saya tengok pun jadi terliur. Oleh sebab itu saya cari tempat yang menyajikan makanan Korea terdekat dengan tempat tinggal saya untuk menghilangkan keinginan (craving) saya itu.

Untuk pengetahuan semua tagline bagi restoran ini adalah “AYAM KOREA NO.1 KELANTAN,” jadi tak hairanlah ayam goreng yang mereka sajikan cukup sedap dan menjadi kegemaran ramai. Dimaklumkan ayam goreng Korea mereka diperap dengan ramuan khas selama lebih 12 jam untuk memberikan rasa yang enak dalam setiap ayam yang disajikan kepada pelanggan. Itu belum lagi glaze dan juga sos khas ayam Korea. Sekali makan pasti teringat.

Di sini anda boleh pilih sendiri rasa ayam yang anda inginkan. Ada 3 variasi rasa iaitu Hot (untuk peminat pedas), Mild (kurang pedas), dan Soy Garlic (manis). Bagi yang tak suka pedas, Soy Garlic ni merupakan pilihan yang terbaik. Manis-manis manja sahaja rasanya. Namun memang sedap! Yang ini juga menjadi pilihan saya kalau berkunjung ke sini. Jangan orang dewasa, kanak-kanak pun pasti sukakan Soy Garlic ni.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 12.30 tengahari sehingga 10 malam. Jadi anda boleh rancang sendiri perjalanan anda ke sini untuk menikmati ayam goreng dan makanan khas Korea yang lainnya.

Jadi tanpa berlengah lagi, jom kita lihat sendiri menu-menu yang telah saya cuba semasa berada di Restoran Incheon Chikin di Tanah Merah ini.

Regular Platter – Untuk menu ni portion dia besar. Sesuai untuk 2-3 orang makan. Ada fries, wedges, ramen dan juga ayam goreng Korea. Yang ni menggunakan ayam Soy Glaze. Memang sedap. Ramen tu dah pedas dan ayam tu manis-manis manja. Kombinasi terbaik. Wedges dan fries yang berkeju tu juga sedap. Nak habiskan yang ni memang lama jugaklah. Nasib baik boleh tapau dan sambung makan kat rumah.

Peminat kepak ayam kena cuba yang ni. Pedas weh! Tapi bila makan dengan cheese yang meleleh-leleh tu menyembunyikan seketika rasa pedas tu. Peminat pedas kena cuba yang ni.

Loaded Fries – Ok yang ni antara snek kegemaran saya juga. Ianya mengandungi kentang goreng bersama sos tomato yang sedap. Bukan sos tomato biasa tetapi sos yang macam makan spageti bolognese tu. Tak sangka pula rasa dia kena dengan tekak Melayu saya ni. Kena cuba!

Ramen Popcorn Chicken – Haaa yang ni pula untuk penggemar ramen. Korang kena cuba menu ni. Mi segera Korea yang pedas disajikan bersama dengan potongan ayam goreng bersalut rangup. Makan ramen sambil makan popcorn ayam. Perghhh sedap weh.

Spicy Tteokbokki – Yang ni siapa penggemar makanan Korea pasti kenal. Layan drama Korea je mesti pelakon mereka makan Tteobokki ni. Kita yang tengok pun jadi teringin. Tteokbokki kat sini memang sedap. Sos dia pedas tapi bila makan dengan rice cakes dan sosej yang ada dalam tu memang lengkap rasa. Pijar jugaklah bibir nak habiskan. Two words, pedas dan sedap!

Seterusnya kita akan lihat pula menu berasaskan nasi. Yelah kan, teringin nak makan makanan Korea, namun dalam diri berjiwa Melayu yang tak lekang dari nasi, maka bolehlah untuk mencuba menu berasaskan nasi ni.

Bulgogi – Menu yang ni antara kegemaran saya. Nasi menggunakan beras sushi tu dihidangkan bersama dengan daging yang diperap dengan sos istimewa. Macamana nak cakap ek, tapi sos tu memang sedap. Manis-manis. Memang kena la kalau makan nasi dan daging tu. Sempurna!

Teriyaki Ricebox. Yang ni pun menggunakan sos yang sama dengan bulgogi tadi. Sedap! Namun untuk set ni dihadirkan bersama ayam goreng Korea yang rangup dan sedap. Soy garlic chicken. Peminat nasi dan ayam Korea kena cuba menu ni. Kenyang lagi mengenyangkan.

Untuk minuman saya order 4 jenis minuman. Sparkling blue lemon, sparkling strawberry, yogurt strawberry dan juga mangga Sjora. Bagi penggemar minuman sparkling boleh order blue lemon dan strawberry ni. Rasa nyaman je dalam tekak dengan jeli manis didalamnya. Kanak-kanak sukakannya. Buat penggemar ais blend pula boleh cuba yogurt straberry ni. Rasa strawberry dan yogurt tu memang sempurna. Masam masam manis. Buat yang nak air kordial pula bolehlah pesan Sjora ni. Air mineral juga ada buat anda yang taknak air manis.

Keseluruhan saya memang suka makanan kat sini. Penggemar makanan Korea macam saya ni kenalah cari tempat makan makanan Korea yang authentic. Barulah puas hati kan. Jadi buat anda yang ada di Kelantan tu bolehlah datang ke sini ok.

Untuk anda yang teringin nak datang dan merasa makanan-makanan yang enak ini bolehlah berkunjung ke Restoran Incheon Chikin ini. Berikut adalah maklumat untuk memudahkan anda untuk datang ke sini.

Facebook https://www.facebook.com/ikiyotanahmerah
Instagram | https://www.instagram.com/incheonhq
TikTok | https://www.tiktok.com/@incheonhq

Alamat: PT 6327, Jln Cempaka Merah, Taman Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telefon: 018-284 4289

Exit mobile version