Site icon AMIRNAWAWI

Kenangan Baked Beans dan Scrambled Eggs

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian Bagaimana cuaca di tempat anda? Kat tempat saya hujan je memanjang. Apapun ini adalah fenomena biasa bagi kami di pantai timur Malaysia.

Baiklah hari ini saya nal bercerita tentang Baked Beans dan Scrambled Egg. Apa kenangan itu? Sebenarnya kenangan ni berlaku masa sekolah menengah dulu. Masa kat MRSM.  Saya berada di MRSM selama 5 tahun. Pelbagai pahit maung berlaku dalam tempoh tersebut. Yang tu malas la nak cerita.hehe

Apa kena dengan baked beans plak nih? Ok, sepanjang 3 tahun kat MRSM tu, kami pagi-pagi hanya makan roti dengan kaya sahaja. Tak tahu la kenapa. Padahal menu yang dibekalkan oleh MARA kepada pihak dewan makan kami lain, tapi asyik-asyik kami makan roti kaya jer pagi-pagi. Malam-malam pula makan pau kaya. Rasa nak lempar jer. tapi mana boleh sebab tu makanan, bersyukur la sikit.

Nak dijadikan cerita, kontrak tender dewan makan kami telah berakhir. Selepas 3 tahun kot. Lama tuh. Kami memang berharap agar tender yang baru ini tidak memberi kami roti kaya lagi. Apepun, keesokkan harinya saya bergegas ke dewan makan untuk melihat sendiri ada atau tidak perubahan menu. Bersemangat tau!

Yeah! Ada kacang dalam pinggang! Mesti ada kelainan. Sungguh gembira dalam hati aku. Roti kaya kini tiada lagi. Menu untuk pagi tu, roti, baked beans and scrambled eggs. Sedapppp! Satu pembaharuan. Dan selepas itu makanan di sediakan mengikut menu yang diberikan pihak MARA. Sedap jugak la makan. Apepun kalau bab makan tu, banyak lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan masa berada di MRSM. Di sanalah aku menghabiskan sisa-sia zaman remaja ku. 🙂

 

 

AM: Dah 3 tahun tak pergi sana. 🙂

Exit mobile version