Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak tulis entri yang berbentuk ilmiah pula. Biasanya apa yang aku tulis hanyalah entri merapu yang tiada pengajaran yang khusus. Namun hari ini terdetik di hati kecil aku untuk membicarakan tentang gejala ponteng sekolah yang berleluasa marcapada ini. Memang tidak dapat dinafikan namun itulah realitinya.
Aku terdetik nak tulis pasal ni kerana pagi tadi aku tertengok program Solehah kt TVAlhijrah. Ada la tugasan para peserta yang kena buat liputan. Tugasan mereka kena buat liputan pasal gejala ponteng sekolah nih. Terdetik jugak dihati aku ni kenapa mereka ni suka ponteng sekolah. Bagi aku sekolah la tempat paling best kerana dapat belajar bersama kawan-kawan dan menimba ilmu yang baru. Cikgu-cikgu pom peramah dan memang tulus dan jujur untuk mengajar.
Namun persoalannya sekarang, KENAPA PELAJAR SUKA PONTENG SEKOLAH?
Sebenarnya semua pihak terlibat dalam salahlaku ini. Sedar atau tidak sedar namun itulah realitinya.
1) Ibu Bapa
2) Pihak Sekolah/Guru
3) Rakan Sebaya
4) Masyarakat
Namun tulisan aku pada kali ini adalah untuk menyalahkan sesiapa, namun perlulah kita mencari penyelesaian bagi menangani masalah ini. Jikalau dibiar berlarutan, dibimbangi menjadi barah dalam masyarakat. Sesungguhnya ilmu itu amat penting. Sebab itu dalam Islam diwajibkan ke atas kita untuk menuntut ilmu kerana dengan ilmulah kita dapat membezakan antara hak dan batil. Remaja sekaranglah yang akan memacu negara kita masa akan datang. Jikalau remaja sekarang bermasalah, maka..erm, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Para remaja sekarang memang tidak dapat kita kenal pasti apakah perasaan, kemahuan serta jiwa mereka. Adakah sedang bergelora dengan pelbagai masalah ataupun tidak tenang. Semakin meningkat dewasa memang banyak masalah atau konflik diri yang terpaksa mereka hadapi. Sebagai seorang yang lebih berumur (erm aku baru jer 24, cakap macam dah umur 50), janganlah terlampau mengharapkan sesuatu daripada anak-anak. Dengan kata lain mengongkong. Memang orang dewasa sukar untuk memahami perasaan orang muda nih .
Bila salah sedikit mulalah marah dan lebih teruk memukul mereka. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling hebat atas dunia ini. Ini tidak, salah sedikit terus menghukum. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Jikalau salah tolong tunjukkan jalan yang betul. Bagi aku menghukum bukan dapat menyelesaikan masalah. Aku suka menggunakan istilah membimbing lebih baik daripada menghukum. Menghukum akan menyebabkan jiwa seorang remaja memberontak. Kita tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku. Mereka memerlukan segala tunjuk ajar daripada kita. Jangan biarkan mereka terkapai-kapai tanpa tujuan.
Semua pihak memainkan peranan masing-masing. Bukan saling menuding jari jika sesuatu berlaku. Aku sedih bila ada peristiwa yang berlaku kat seorang remaja nih namun ibubapa dia sibuk marah kat guru sebab katanya guru ni tak pandai mendidik anak mereka. Ya Allah, memang sebak jugak la. Padahal tugak mendidik tu memang tugas hakiki seorang ibubapa. Bila ibubapa dah buat begitu, mestilah anak tersebut akan berasa sedikit terganggu emosi dia untuk belajar. Malu dan seterusnya akan ponteng.
Satu lagi peristiwa apabila orang memperkecilkan kelebihan seseorang. Ini berlaku sendiri pada adik aku. Aku akui memang dia kurang sikit dalam bab kira-kira dan Sains nih. Bahasa Inggeris pom memang ke laut juga la. Orang kampung la katakan.. (aku terkecuali sebab aku lain sket :P). Bila result percubaan keluar, memang dia dapat teruk la. Aku pi jumpa seseorang nih sebab aku memang pentingkan pendidikan adik-adik aku. Boleh pula orang tuh cakap. ” Erm, biasala tu dapat markah rendah, budak kelas hujung-hujung memang macam tuh”. Fuhh! Angin satu badan la aku. Tiada sedikit perasaan bersalah.
Namun aku tidak melatah. Aku cari kat posisi mana kelebihan adik aku ni. Finally I found it. Dia memang bijak dalam bab Kemahiran Hidup. Sebabnya dia selalu bantu bapak aku baiki kereta. Oh! Aku paksa juga dia belajar betul2. Tapi aku suh dia pulun lam subjek ni lebih sedikit. Finally when result PMR keluar, memang dia dapat A dalam subjek ini.. Sekarang Tingkatan 4 dia berada di kelas paling hadapan walaupom Tingkatan 3 kelas corot. Jangan cepat menghina dan memperlekeh, namun carilah kelebihan diri sendiri. You can do it..
Memang banyak yang aku ingin luahkan namun biarlah disitu saja dahulu. Namun memang isu ini kalau dikupas oleh remaja, konform akan back-up remaja. Ye idok?
AM: Sedih apabila diri ini diperkecilkan oleh orang lain. Setiap orang ada kelebihan serta kekurangan masing-masing. Orang suka tengok akan kelemahan kita namun tidak peduli akan kelebihan kita. 🙁
