Site icon AMIRNAWAWI

Le French Festival Kini Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Le French Festival .

Untuk makluman anda semua, Le French Festival  ialah acara tahunan yang diadakan oleh pihak Kedutaan Perancis di Malaysia bagi memperkenalkan budaya Perancis kepada rakyat Malaysia. Jadi buat anda yang gemar akan filem, makanan, kebudayaan dan pelbagai lagilah yang berkaitan dengan Perancis, festival ini memang sesuai untuk anda.

 H.E. Frédéric Laplanche (Ambassador of the Republic of France to Malaysia)

Untuk makluman semua, tahun ini merupakan tahun ke-18 penganjurannya. Jadi pada edisi kali ini lebih banyak program yang dirancang tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi juga di beberapa bandar besar di Malaysia.

Festival tahunan ini akan berlangsung dari 4 April sehingga 12 Mei 2019. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antaranya adalah tayangan filem Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi.

Yang paling menarik adalah persembahan teater yang paling terkenal di Perancis iaitu Cyrano de Bergerac (The Story of Cyrano de Bergerac). Ianya bakal dipersembahkan di KL Shakespeare Players (KLSP) . Dijemput para pelajar dan juga kanak-kanak untuk menyaksikan persembahan hebat ini.

LFF 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:

Beberapa acara menarik lain untuk ditinjau di LFF 2019 termasuk:

Para tetamu VVIP bersama barisan penaja Le France Festival

Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2019 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:
✔ Kuala Lumpur : 4 April – 28 April
✔ Penang : 25 April – 5 Mei
✔ Johor Bahru : 2 Mei – 5 Mei
✔ Kota Kinabalu : 9 Mei – 12 Mei

Untuk info lanjut mengenai Le French Festival 2019 sila rujuk link di bawah :
Le French Festival 2019
Official website: www.lefrenchfestival.com.my
Facebook Page: facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram Page: @lefrenchfestival_my
Official hashtag on social media #lefrenchfestivalmy

Volunteering, bookings (tasting events, etc), general queries: info@lefrenchfestival.com.my/ +60 3-2694 7880

Exit mobile version