Site icon AMIRNAWAWI

Manjakan Diri Dengan Berspa di Rumah Dengan Lulur Scrub Asianic

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, dalam entri kali ini saya ingii kongsikan dengan anda semua mengenai produk terbaharu daripada Asianic iaitu Lulur Scrub Asianic.

Untuk makluman semua, pada zaman sekarang tak kira lelaki atau wanita, semuanya mementingkan penjagaan kulit. Kulit yang cantik dan sihat akan memberikan lebih keyakinan kepada individu tersebut. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan panas yang membahang, pastinya akan menjadikan kulit kita kasar dan kering.

Jadi, jika sebelum ini Asianic telah mengeluarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan diri yang lain, kali ini mereka mengeluarkan produk terbaru di pasaran iaitu rangkaian produk Lulur Scrub mereka. Dengan 4 variasi pastinya akan memberikan pengalaman berspa yang menarik di rumah sendiri.

Apa Itu Lulur Scrub?

Lulur Scrub adalah salah satu penjagaan kulit badan agar sentiasa lembut, bersih dan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Lulur Scrub Asianic dapat membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati di samping dapat mencerah bahagian bahagian anggota badan yang tersembunyi. Menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu, cerah dan dapat menghindarkan bau badan. Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini dapat membantu memperbaiki tekstuk agar lebih tegang selain dari mengurangkan dehidrasi pada kulit badan.

Kandungan Lulur Scrub Asianic

Untuk makluman semua, Lulur Scrub Asianic ini diperbuat daripada bahan semulajadi yang tidak mejadikan kulit anda merengsa. Ianya selamat untuk digunakan kerana ianya diperbuat daripada bahan semuajadi yang selamat untuk kulit. Tak kiralah lelaki atau wanita, semua boleh menggunakan produk ini.

Variasi Lulur Scrub Asianic

Untuk makluman anda semua, Lulur Scrub Asianic ini didatangi dengan 4 variasi untuk anda pilih.  Antara variasi yang terdapat adalah  Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras dan juga  Delima. Anda boleh pilih varian mana yang anda suka dan gunakannya seperti dirumah. Tak perlu lagi ke spa buat yang tiada masa, boleh lakukan spa sendiri di rumah dengan keluarga. Senang bukan?

Lulur Scrub Delima diformulasi daripada ekstrak buah delima yang mampu mengembalikkan sel, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, dan menolong perbentukan semula tisu-tisu badan.

Lulur Scrub Betik pula diformulasikan daripada ekstrak buah betik yang kita sedia maklum akan kebolehan ianya dapat memberi kelembapan kepada kulit.

Lulur Scrub Susu Beras pula diformulasikan untuk melembut disamping merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah.

Manakala Lulur Scrub 7 Bunga pula adalah tradisi budaya bagi memberi seri kepada bakal pengantin, anak dara dan bagi mengelak diri dari perkara yang kurang baik.

Mana Nak Dapatkan Lulur Scrub Asianic ini?

Ok, untuk makluman anda semua, produk Asianic ini boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar, farmasi dan kedai runcit yang ada di Malaysia. Selain itu juga, anda boleh mendapatkan produk Asianic ini di kedai dalam talian seperti di AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my , Cmasa.my , Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman sesawang : www.wonderlandprimary.com .

Harga yang ditawarkan juga cukup murah dan mampu milik. Lagipula ianya milik bumiputera Islam yang sememangnya mementingkan kualiti dan kandungan dalam produk supaya menepati piawaian halal yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Harga bagi sati botol Scrub Lulur Asianic ini adalah RM16.90 bagi setiap satu dengan kandungan sebanyak 250ml. Ianya cukup berbaloi untuk dimiliki. Saya juga sudah mencubanya, anda bila lagi?

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Lulur Scrub Asianic ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Web          : www.wonderlandprimary.com

Facebook : Asianic Halal

Instagram : Asianic Halal

Exit mobile version