Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sjeahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu platform yang patut anda ketahui untuk sesiapa sahaja yang ingin melancong. Tak kisah la dalam ataupun luar negara.
Platform yang saya maksudkan adalah Tourist Guides
Sebenarnya saya bersama beberapa kawan penulis blog yang lain telah dijemput oleh pihak Tourist Guides ini unutk mendengar taklimat penerangan mengenai apa yang mereka tawarkan. Fuh! Jujur untuk saya katakan ia adalah sesuatu yang amat berbaloi untuk kita semua. Jadi teruskan membaca ya..
Semua sedia maklum bahawasanya melancong ataupun travel merupakan satu terapi minda buat mereka yang sibuk bekerja sepanjang tahun. Adapun begitu, masih terdapat di antara kita yang ragu-ragu untuk mula melancong. Fikir tentang kos itu ini, dan banyak lagi yang menghantui fikiran mereka.
Saya dahulu pun berasa gusar juga untuk melancong. Apatah lagi luar negara. Mana tidaknya, semua itu merupakan satu benda yang baru bagi saya. Berada di tempat asing tanpa sebarang bantuan. Jadi Tourist Guide in iadalah satu cara untuk kita melancong tanpa perlu gusar.
Apa itu Tourist Guides ini?
Tourist Guides adalah satu platform yang mengumpulkan pemain industri yang menawarkan pakej pelancongan kepada semua. Semua syarikat yang terkandung dalam Tourist Guides ini merupakan syarikat pelancongan yang mempunyai prestasi yang baik sertai dipercayai. Masakan tidak, ada diantara mereka ini yang menerima anugerah di atas prestasi syarikat mereka yang memberangsakan.
Menjadi visi dan misi pihak Tourist Guides untuk mengumpulkan pemain industri pelancongan di dalam satu platform yang menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk semua. Bukan calang-calang tau. Memang menarik!
Tidak hanya itu sahaja, terdapat pelbagai pilihan hotel yang berada di dalam rangkaian Tourist Guides ini. Anda boleh memilih apa sahaja hotel yang anda inginkan mengikut bajet yang anda mahu. Pastinya harga yang ditawarkan cukup berbaloi.
Jadi bolehlah anda rancang sendiri perjalanan anda. Jadi selepas ini tidak lagi anda gusar akan pelancongan anda kerana semuanya disediakan di Tourist Guides ini. Mudahkan hidup anda melancong dengan Tourist Guide.
Jadi bagaiamana nak jadi ahli ini? Jangan bimbang, mudah sajaa untuk jadi ahli Tourist Guides ini. Hanya bayar RM150 untuk bayaran seumur hidup tau! Banyak kebaikan yang akan anda perolehi dengan menjadi ahli ini. Terdapat banyak kebaikan untuk ahli Tourist Guides ini antaranya promosi pakej pelancongan dan baucer diskaun! Tu baru seidkit, banyak lagi tawaran menarik untuk anda.
Menarik bukan? Untuk pertanyaan lebih lanjut bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti tertera di bawah.
INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor,
Malaysia.
Tel: 603-8734 2802
Fax: 603-8740 2953
Toll Free: 1800 38 3338
Waktu pejabat: 9 pagi. – 6 petang. (Isnin- Jumaat)