Site icon AMIRNAWAWI

Menabung: Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Bukit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua para pembaca sekalian. Semoga semuanya berada dalam sehat sejahtera hendaknya. Macamana dengan cuti Tahun Baru Cina anda? Diisi dengan pekara yang berfaedah ataupun menghabiskan masa dirumah sahaja?

Apapun entri kali ini cukup ringkas sahaja, orang tua-tua dahulu selalu berpesan supaya menabung supaya dapat digunakan pabila dalam keadaan terdesak nanti. Betul juga kata mereka. Kalau orang dulu-dulu, banyak harta mereka simpan. Dari segi wang ringgit, barang kemas dan sebagainya. Harta itulah yang dapat mereka gunakan untuk membesarkan anak-anak mereka.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Orang sekarang pula, kebanyakkan hutang yang penuh keliling pinggang. Bukannya harta yang melimpah ruah. Mungkin keadaan hidup sekarang dan dulu yang berbeza. [/pullquote]

Orang sekarang pula, kebanyakkan hutang yang penuh keliling pinggang. Bukannya harta yang melimpah ruah. Mungkin keadaan hidup sekarang dan dulu yang berbeza. Apapun, semoga aku jadi orang yang dapat menabung sedikit-demi sedikit untuk kemudahan masa hadapan. Nak gunakan untuk kawin mungkin 🙂

Tabiat aku, lepas pergi ke kedai atau kafe, aku akan terus letak syiling dalam tabung. Aku tidak suka bawa syiling ke sana ke mari. Agak leceh dan berat. Setelah beberapa bulan, dalam 3 bulan agaknya, tabung aku sudah mula penuh. Alang-alang duit aku agak berkurangan sekarang, dapatlah aku gunakan syiling ini. Nampak macam sedikit, namun sebanyak ini ada lebih RM50. Banyak kan?

Duit sedikit demi sedikit yang disimpan akhirnya berguna juga dikala kesusahan. walaupun syiling ini dahulunya kurang dibawa ketika berjalan, tak suka simpan dalam poket, dalam kesempitan mereka jugalah yang dicari. 🙂

Tadi kakak aku mesej, dia kata aku boros dalam berbelanja. dia bagi aku RM400 awal bulan tempoh hari, namun cepat sahaja wang tersebut habis. Aku bukan kuat berbelanja. Aku gunakan duit tersebut untuk bayar apa-apa yang patut dahulu. domain, hosting, bekalan makanan. Lepas nih aku taklah ada masalah makanan lagi sebab bekalan makanan aku cukup 🙂

Aku tahu dia akan baca setiap entri aku, sebab tu aku tulis kat sini 🙂

 

[notice]

Moral:

1. Walaupun syiling tu nampak sedikit, tapi lama-kelamaan jika dikumpul-kumpul akan menjadi jumlah yang besar.

2. jadi, jangan pandang remeh kepada benda-benda kecil kerana lama-kelaman ia akan menjadi besar. Awasilah setiap masa 

 

[/notice]

 

AM: Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Peace 🙂

Exit mobile version