Kalau Aku Kaya, Kesinambungan Dari Entri Denaihati
amirnawawi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pera pembaca blog yang budiman. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Apepun entri kali ini agak santai kerana saya akan berkongsi impian saya jika saya kaya.
Kaya yang saya maksudkan ialah dengan mempunyai wang ringgit serta harta benda. bukan kaya yang disapu pada roti itu ya. Kalau kaya itu, entri ini akan menjadi karangan autobiografi pula nanti. antara jenis karangan yang paling tidak disukai semasa sekolah rendah dulu.
Apepun definisi kaya bagi seseorang itu berbeza, Ada yang kaya dengan harta benda, ada juga yang kaya dengan budi bahasa, ada yang kaya dengan senyuman dan lain-lain lagi. Oleh itu definisi kaya berbeza mengikut individu. Namun berdasarkan entri dari blog Denaihati ini, kaya yang dimaksudkan ialah kaya harta benda dan wang ringgit.
Memang tidak dinafikan, setiap orang mahukan kehidupan yang senang dan berharta. Dalam Islam juga tidak salah kalau kita mencari harta kekayaan. Namun janganlah dengan harta kekayaan itu kita menjadi sombong dan bongkak. Kalau dengan harta kekayaan itu kita berbuat kebaikan, tolong menolong umat islam yang lain, alangkah indahnya hidup sebegitu. Sebab itu Islam tidak melarang umatnya untuk mencari harta.
Dunia zaman sekarang ramai yang sibuk mencari harta kekayaan, namun bak kata orang tua zaman dulu-dulu, kekayaan harta benda bukanlah segalanya. Kenapa mereka berkata demikian? Bukankah dengan harta benda itu hidup akan menjadi senang? Bila dikaji balik, memanglah harta benda itu satu keperluan dalam hidup, namun kebahagiaan hakiki adalah harta yang paling bernilai dalam hidup ini.
Apa gunanya harta bertimbun jika keluarga porak peranda, anak tidak menjadi seperti manusia., hubungan denga Pencipta hilang entah kemana. Dalam kesibukan mencari harta benda, jangan dilupa untuk bersama keluarga. Kebanyakkan orang sekarang dalam ghairah mencari harta, sampai dilupakan Tuhan dan keluarga. Rasuah menjadi makanan seharian. Keluar pagi balik malam, sampai tiada masa untuk keluarga. Nauzubillah.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Namun alangkah indahnya jika hidup kita ini kaya dengan segala benda yang baik-baik. Kaya dengan ilmu, kasih sayang, harta, budi bahasa dan sebagainya[/pullquote]
Namun alangkah indahnya jika hidup kita ini kaya dengan segala benda yang baik-baik. Kaya dengan ilmu, kasih sayang, harta, budi bahasa dan sebagainya. Memang ini yang menjadi idaman setiap insan sebagai bekal hari kemudian. Pada saya semua orang berhak kaya, namun gunakanlah cara sebaiknya untuk mencapai matlamat tersebut.
Kalau aku kaya? Impianku untuk membantu umat manusia. Mungkin itu terlalu umum. saya ingin wujudkan peluang pekerjaan di kampung saya untuk anak-anak muda di kampung saya bekerja. Dengan bekerja di kampung, mereka akan ada masa untuk menjaga orang tua mereka. Tidak akan merantau dan dapat menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua.
Kalau aku kaya? Akan aku pastikan apa jua keperluan ibu bapaku akan cukup. Rehatkan mereka setelah sibuk membanting tulang menjagaku selama ini. Biarkan mereka melalui hari tua mereka dengan cukup masa untuk beribadat kepada Sang Pencipta.
Kalau aku kaya? Akan aku pastikan hartaku akan mengalir jua untuk tujuan Islam. majlis ilmu tidak dilupa, pada saudara seagama tidak dipinggirkan. Inilah saham akhirat yang peri penting sebenarnya.
Akhir kata, jadilah manusia yang kaya segalanya. Jangan hanya kaya harta tapi biarlah seiringin dengan sifat kemanusiaan dan iman dalam diri.