Site icon AMIRNAWAWI

Menangi Tiket VIP ke Anugerah Juara Lagu ke 32 (#AJL32)

Menangi Tiket VIP ke Anugerah Juara Lagu ke 32 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Anugerah Juara Lagu ke 32 pada tahun ini.

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) kembali lagi tahun ini dengan bertemakan “Fesyen dan Muzik”. Tema ini diangkat bagi memperlihatkan jalinan antara fesyen dan muzik itu sendiri. Pastinya tema yang diangkat kali ini bakal menjadikan AJL kali ini lebih meriah dengan pelbagai fesyen yang ditonjolkan disamping lagu yang dipersembahkan.

Sebelum ini, kita tak lepas daripada memperkatakan mengenai fesyen yang ditampilkan oleh penyanyi di pentas AJL ini. Seperti contoh, fesyen Ramlah Ram ketika menyanyikan lagu Ku Kunci Cintamu Dalam Hatiku sekaligus dinobatkan sebagai  ikon fesyen AJL sepanjang zaman.

AJL pada kali ini akan berlangsung di  Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018. Sesuatu yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun sepanjang 32 tahun penganjurannya.

Seperti biasa 12 buah lagu dari pelbagai jenis genre kembali menghangatkan pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32. Kita semua mungkin sudah sedia maklum akan peserta yang telah melayakkan diri ke pentas akhir ini. Ayuh kita recap peserta yang melayakkan diri ke pentas akhir ini.

Penyanyi dan Lagu
AKHIRNYA CINTA
SALMA
KOMPOSER : AJAI
LIRIK : SLEN
BAYANG
KHAI BAHAR
KOMPOSER : ALAM (HARRY KHALIFAH)
LIRIK : PATRICK ANOHADA
SEJATI
AZMI CALIPH BUSKERS
KOMPOSER : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
LIRIK : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
AMBOI
ALTIMET
KOMPOSER : NAVIGATOR
LIRIK : ALTIMET
WARKAH UNTUKKU
ARA JOHARI
KOMPOSER : HANG NADIM
LIRIK : LAQ
SEPARUH MATI KU BERCINTA
DAYANG NURFAIZAH
KOMPOSER : AJAI
LIRIK : AJAI
AKU CINTA
SYAMEL & ERNIE ZAKRI
KOMPOSER : SYAMEL
LIRIK : SYAMEL
LEBIH SEMPURNA
SYAMEL
KOMPOSER : SYAMEL, EDRY ABD HALIM & BOY ANAZ
LIRIK : SYAMEL
TERGANTUNG SEPI
HAQIEM RUSLI
KOMPOSER : GOUFFRAN / IBNU
LIRIK : GOUFFRAN / IBNU
JAMPI
HAEL HUSAINI
KOMPOSER : HAEL HUSAINI / EZRA KONG
LIRIK : HAEL HUSAINI / EZRA KONG
MENAHAN RINDU
WANY HASRITA
KOMPOSER : IBNU & GOUFFRAN
LIRIK : IBNU & GOUFFRAN
PERSEMBAHAN TERBAIK AJL32

Bagi kategori Persembahan Terbaik pada malam tersebut, anda boleh mengambil bahagian dalam memilih pemenang dengan mengundi menerusi laman web  rasmi AJL iaitu www.xtra.com.my/ajl32.

Undian ini akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. Anda juga dapat menonton live AJL32 ini melalui aplikasi penstriman berdefinasi tinggi menerusi LIVE TV di xtra.

Bagi yang belum mempunyai akaun di tonton bolehlah berbuat demikian kerana bayaran yang dikenakan amatlah berpatutan dengan kandungan yang terdapat di dalamnya. Harga langgananya cukup murah, hanya RM96 setahun dan RM10 sebulan.
GIVEAWAY: VIP PASS AJL32
 

Ada berita gembira untuk anda kerana blog amirnawawi.com ada 5 tiket VIP  untuk diberikan kepada pemenang bertuah.

Hadiah: 1 keping x 5 pemenang
Syarat penyertaan
1) Follow twitter @amir_nawawi  dan instagram @amir_nawawi kerana keputusan akan diumumkan di sana.
2) Jawab soalan berikut diruangan komen di bawah. (Jawapan dah ada di atas)
Soalan 1: Siapakah ikon fesyen AJL sepanjang zaman?
Soalan 2: Berapakah harga langganan tonton VIP untuk setahun?
Soalan 3: Apakah laman web AJL32?
Soalan 4: Lengkapkan slogan “Saya mahu menonton AJL32 bersama tonton dan xtra kerana…….” (tidak lebih daripada 15 perkataan)
3) Jangan lupa sertakan nama dan nama akaun twitter/ instagram anda.
 Jangan lupa share entri ini di media sosial anda ya 🙂
Giveaway ini akan tamat pada 7 FEBRUARI 2018 (RABU) pada jam 12.00 tengahmalam. Pemenang akan diumumkan di instagram & twitter @amir_nawawi pada 9 FEBRUARI 2018 (JUMAAT).
Selamat mencuba semua 🙂
KEMASKINI:
Exit mobile version