Syukur aku dah selamat sampai ke Gambang akhirnya setelah berkampung kt Raub selama 3 hari 2 malam. Perjalanan selama lebih 3 jam membuatkan aku rasa sangat letih. Namun keinginan yang kuat untuk bertemu adik2 membuatkan aku lebih bersemangat walaupun letih,
Bertolaknya kami dari Gambang pada pukul 3.30 petang dan sampai ke Raub dalam pukul 7 malam. My first expression about this school is, “ni sekolah zaman bila lagi ni?”.. ha3.. tu memang sekolah lama la rasanya. Pabila menjejakkan kaki ke sekolah tu, teringat la plak kt sekolah rendah lama aku, Sekolah Kebangsaan Llabok. Sekolah yang penuh memori suka dan duka.. (cerita nih aku akan tulis lain kali..ha3)..
Ok, lam kem kali ni byk aktiviti yang kami adakan seperti sesi Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti Kapal karam, Sekolah Impian, Mampuke?, dan byk lagi. Tapi paling xleh lupa time aku kena handle slot morning talk. Perghh, dahla bangun lewat pastu muka pom still blur lagi, dh kena bagi talk. Merapu la jawabnya..ha3
Malam kebudayaan plak memang best. Budak2 ni kena buat persembahan bertemakan 1Malaysia. Ramai yang buat sketsa pendek je. kami dimaklumkan agar mengelakkan pelajar nih dari membuat tarian sebab diorang nih memang expert la lam tarian nih…(erm, ye ke?). Apepom kami cukup bertuah sebab Cikgu Murni, cikgu sekolah diorang setuju untuk buat persembahan istimewa. membawakan dua buah lagi, Terbang Helang daripada Syarifah Aini dan sebuah lagi lagu Alleycats, meriuhkan lagi malam kami.
Pagi keesokkannya, ada diadakan aktivit Explorace, tujuannya adalah untuk tengok kerjasama antara diorang nih. banyak gak task yang kena buat, tapi lama jugak masa yang diorang ambik masa untuk melaksanakan tugas tersebut. Ada jugak kumpulan yang mampu melaksanakan tugasan dengan cepat. Apa yang saya mampu konklusikan daripada pandangan mata saya ialah, kumpulan yang mempunyai kefahaman yang tinggi serta semngat berpasukan yang kuat mampu melaksanakan tugasan tersebut dengan mudahnya.
Akhirnya, majlis penutup dilangsungkan. Sebenarnya majlis penutup ini disempurnakan oleh Datuk Seri Ng Yen yen tapi memandangkan beliau sibuk dengan Pilihanraya negeri Sarawak, terpaksalah program tersebut disempurnakan oleh wakil khas beliau.
Apepom, saya xleh lupakan time refreshment tu, kena buat tarian Siput la, Tarian Pinguin la, Tarian bukit la, Tarian Atromen la. Saya seriously tak tahu pom step2 tarian nih, main ikut je..hak3..tapi ape yang membuatkan saya terpegun is when budak2 tu mampu buat tarian tu tanpa kami perlu tunjuk. Perghh, cepat betul diorang hafal step ek.. Aku nih masih blur lagi ngan tarian tuh.. maybe after this I will memories all the step…ha3.. mungkin ke aku berjaya?..hu3..tunggu je hasilnya.
Then kami bertolak dari sana kul 3.30 petang dan selamat tiba di UMP kul 7 malam. Thank for the moment there. love you all girls.. jangan lupa jemput kami lagi dan jemputlah datang kt UMP kami yang terchenta nih..hu3
Apepom adik, gambar untuk program tu akan kami upload dekat fb utama kami. Jgn lupa like page rasmi kami di sini.
AM: Macamana la aku leh tertinggal dairi aku lak kt situ..hua3..sedih giler..