Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai minuman yang tengah hangat dipasarna sekarang. Hangat bukan sebab panas namun disebabkan perminataan yang tinggi oleh para pengguna.
Untuk makluman semua, minuman Taurus ini mula dijual di kesemua kedai serbaneka 7eleven di seluruh negarta. Jadi buat anda yang ingin merasai sendiri bagaimana rasanya iar inuman ini, saya sarankan agar anda pergi ke mana-mana cawangan kedai 7Eleven yang terdekat.
Untuk maklumat umum mengenai minuman ini, ianya telah disahkan halal oleh pihak JAKIM . Jadi untuk yang ragu-ragu tentang produk ini bolehlah buang segala keraguan anda sekarang. Ewah! Berikut adalah nombor rujukkan halal untuk produk ini, JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 004-06/2014.
Berikut adalah isi kandungan di dalam Taurus Energy yang mampu memberikan tenaga maksimum kepada peminumnya.
-
Tenaga – 168 Kcal
-
Gula – 42 g
-
Lemak – 0 g
-
Taurina – 500 mg
-
Inositol – 50 mg
-
Kafein – 50 mg
-
Vitamin B3 – 15 mg